Tuesday, February 28, 2017

Cashout Nuffnang

Tuesday, February 28, 2017 22 Comments
Assalamualaikum


Hai korang☺☺☺☺Walaupun sedang sibuk untuk menyiapkan task akhir untuk Program JDT Blogger bersama Anak-anak yatim,keluar jugak seketul entry untuk tatapan pembaca..Eh..ada pembaca eh..hahaha..Eh..korang boleh baca entry lepas tentang Program tu di entry Luncheon JDT Blogger

Tetap juga nak update walau satu entry..Jadi blogger pun hati kena kental jugak kan..Ni hah...saja nak up pasal Nuffnang aku yang semenjak dua menjak ni takde mengeluarkan hasil..Aku pun tak tau apa dah jadi pada Nuffnang..Sepi je.Takde pengiklanan..Mungkin blog aku belum dirasa bagus oleh mereka..So mereka tak memilih blog picisan ni untuk letak ads..Ok..takpe..Mungkin bukan rezeki aku lah kan..

Bila tengok hasilnya tak membiak langsung,baiklah aku Cashout je Nuffnang tu..Biarkan dia kosong..Yang ada tu pun dah cukuplah beli pampers dua beg,,Tak banyak mana pun..Malu nak tunjuk..Kita beralih pada mereka yang sudi beriklan dalam blog ni je lah...hahaha

Nuffnang

Dah kosong kembali..Lepas ni tak taulah boleh keluarkan hasil ke tidak..Update pun tak selalu kan.
Kalau dulu memang lebat dengan Nuffnang ni..Satu iklan pun dah lebih dari RM10..Tapi sekarang ni ..boleh kira dengan jari..Tak lebih dari rm0.10  tau..Percaya ke tidak..tolonglah percaya cakap akak ni..



Monday, February 27, 2017

Luncheon JDT BLogger

Monday, February 27, 2017 12 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru Semalam...Berjumpalah kami di sana..Seramai 5 Orang Blogger Johor telah berkumpul untuk Lunch santai-santai di sana..Walaupun tak ramai yang dapat join tengahari tu,tapi tetap meriah..Biasalah,plan last minute.

Sebenarnya Luncheon tu lebih kepada pembahagian barangan yang akan di bawa ke Program JDT Blogger bersama anak-anak yatim PKAYIK Kluang.Ada barang-barang keperluan yang perlu diagihkan disebabkan kereta tak dapat nak menampung keperluan tu untuk dibawa ke sana.Sambil menyelam minum air..Dapatlah berborak-borak dengan mereka.

Mereka yang terlibat dalam Luncheon hari minggu lalu adalah Blogger Mialiana,Hernee Nadzir,Uyul Rosli dan juga Suzlin..Ada dikalangan mereka yang baru aku kenal secara berdepan macam si uyul dan juga Hernee..Alhamdulillah..mereka semua sporting..Thumbs Up!!

Luncheon  JDT BLogger
masa ni dak uyul belum sampai lagi..

Insyallah JDT Blogger akan membuat Program yang pertama bersama anak-anak yatim Kluang..Sasaran Pertama untuk program yang pertama ini kami lebih tertumpu kepada Anak-anak yatim..Insyallah..akan menyusul program untuk rumah orang-orang tua,fakir miskin dan mereka yang memerlukan..Doakan misi kami yang pertama ini berjaya.

Setakat ini,alhamdulillah..ramai yang memberikan sokongan moral dan juga penderma-penderma budiman yang senantiasa memberikan support untuk team kami.Moga lepas ini JDT blogger akan mempunyai ramai keahlian dan sama-sama meraikan Program-Program Charity selepas ini..
Luncheon  JDT BLogger
with puan Hernee

Lunch kami pada hari itu juga,lebih kepada pengenalan ahli-ahli JDT Blogger,Isu tentang blog dan juga ilmu yang dicurahkan oleh Blogger Mialiana kepada kami..Ilmu yang sangat bermanfaat untuk kami perolehi pada hari itu..Insyallah..akan kami guna sebaik yang mungkin..Thanks Kak Mia..


Lunch selama 2-3 jam tu memang tak mencukupi..Memang kena ada masa yang sesuai untuk kami bercerita pasal blog dan program-program yang akan datang..Last adalah pembahagian barang-barang yang akan dibawa ke program tersebut.


Luncheon  JDT BLogger
Sesi pemunggahan barang,sempat lagi wefie ye dak!!

Luncheon  JDT BLogger

Doakan misi kami berjaya...terima kasih

Gambar Majlis Persandingan Shuib Dan Sarah

Monday, February 27, 2017 14 Comments
Assalamualaikum

Dah banyak ura-ura sebelum ni,Shuib bakal mengadakan majlis Persandingan yang sepatutnya telah diadakan masa mereka berkahwin dahulu..Tapi disebabkan dahulu dia belum mampu untuk membuat majlis yang begitu grand,tapi kali ini,dia merealisasikan impian mereka untuk bersanding..At least dia menghargai isterinya sarah yang menerima diri dia seadanya..Of course,mereka bahagia sekarang ni kan..Jom lihat Majlis persandingan Shuib dan Sarah yang sangat meriah ni.Majlis ini diadakan di Bora Ombak Marina,Putrajaya.

Gambar Majlis Persandingan Shuib Dan Sarah
Shuib turut membuat kejutan dengan menyanyikan lagu yang diciptanya, buat isteri tercinta, berjudul Aku Lelakimu selain turut menyampaikan ucapan romantis sebelum menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Sarah. Lebih istimewa cincin tersebut di bawa sendiri anak sulung pasangan ini ke pelamin cinta mereka.hah..yang ni bagi aku sweet sangat...hahaha...

Gambar Majlis Persandingan Shuib Dan Sarah

Gambar Majlis Persandingan Shuib Dan Sarah

Gambar Majlis Persandingan Shuib Dan Sarah

Gambar Majlis Persandingan Shuib Dan Sarah

Gambar Majlis Persandingan Shuib Dan Sarah

Gambar Majlis Persandingan Shuib Dan Sarah

Kredit gambar : Rotikaya


Alhamdulillah..Apa yang mereka hajati telah kesampaian..Moga mereka kekal bahagia hingga ke jannah..Doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Friday, February 24, 2017

Perkongsian Jumaat | Bersedekah

Friday, February 24, 2017 15 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Salam pagi jumaat..Harapnya korang sihatlah hari ni dan hari-hari berikutnya.Doakan aku sentiasa sihat ye.Insyallah.

Oklah..Jumaat ni aku nak share sedikit perkongsian tentang Power Of Sedekah..
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)



sedekah
source:google

Bersedekahlah kita mengikut kemampuan kerana aku percaya Power Of Sedekah tu wujud..Insyallah..kalau kita amalkan bersedekah,Allah akan gandakan lebih lagi dari apa yang kita sedekahkan..Suka untuk aku kongsikan perkongsian dari blog Dr.Azizan tentang 9 Power Of sedekah..Jom baca apa intipati tentang sedekah ni

1.UBAT SEGALA PENYAKIT
Sedekah merupakan uba segala penyakit.Jika anda ada penyakit,tidak kiralah berbahaya atau biasa-biasa sahaja,bersedekahlah,insyallah ada penawarnya.
Selain itu,sedekah boleh mengubat penyakit hati seperti dengki,sombong,kedekut,riak dan bongkak dengan harta yang dimiliki.

2.MENAMBAH KEAKRABAN MANUSIA

Secara tidak langsung,sedekah dapat menjalin dan mengeratkan silaturrahim antara kita.Ini kerana,kita dapat membantu golongan yang memerlukan seperti fakir miskin,anak-anak yatim,insan yang memerlukan seperti untuk pembedahan,rawatan penyakit dan sebagainya.Dengan bantuan anda,mereka akan rasa lebih bersyukur dan berterima kasih.


3.MENAMBAH HARTA

Seperti kita sedia tahu,sedekah akan menambahkan harta kita,bukan makin berkurang.Jadikan bersedekah sebagai amalan hidup anda,tidak kiralah banyak atau sedikit asalkan anda mampu.Allah tidak memandang pada nilai yang banyak atau sedikit,tetapi keikhlasan hati anda.

4.MENANAMKAN PERASAAN BELAS KASIHAN
Apa perasaan anda bila lihat seorang ibu meriba anaknya yang kecil meminta sedekah di tepi jalan?Tentu sedih dan bersyukur kerana kita tidak dibesarkan dalam keadaan sebegitu.Itulah yang Allah cuba lihatkan pada kita,rasa bersyukur dan belas kasihan.Hulurkan apa yang anda mampu untuk mereka,tidak kiralah wang ringgit atau makanan.Mungkin anda terfikir,"betul ke mereka ni miskin,mungkin ada agen yang letak mereka kat sini"
Jangan...Cuba ikhlaskan hati ,itu urusan dia dan Allah.Kita jaga urusan kita.

5.HARTA LEBIH BERKAT
Pernah tak anda rasa,dengan gaji yang sedikit,tetapi anda mampu hidup untuk sebulan dan ada lebihan lagi dari gaji anda?
Dengan untung yang mungkin kecil,tapi anda boleh gunakannya untuk banyak perkara.Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.
Dengan adanya keberkatan,harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

6.MEMANJANGKAN UMUR
Dari Amru bin Auf R.A katanya,Rasullullah SAW bersabda,"Sesungguhnya sedekah seoarang islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong,takbur dan membanggakan diri(dari pemberiannya)
-Hadis Riwayat Bukhari

Dari hadis berikut,dapat kita simpulkan dengan bersedekah,Allah akan memanjangkan umur seseorang,jauhkan dari mati dalam keadaan mengaibkan dan menghapuskan sifat sombong,takbur dan riak.

7.MEMUDAHKAN URUSAN HIDUP
Bersedekah mampu menolak dan menjauhkan diri kita dari bala.Jika kita tiada harta,doalah semoga kehidupan mereka akan jadi lebih baik kerana doa juga merupakan sedekah.Dengan bersedekah yang ikhlas,Insyallah Allah akan lindungi dan rahmati hidup kita sepanjang hari.Melalui sedekah juga,kita telah menunaikan peranan seseorang hamba iaitu dengan memudahkan urusan orang lain,maka Allah membalasnya dengan memudahkan urusan kita.

8.MENGHAPUSKAN SIFAT SOMBONG
Sudah menjadi lumrah apabila harta kita sudah banyak dan makin kaya,akan datang satu ujian perasaan iaitu perasaan riak atau sombong.Perlu diingat,harta kita bukan milik kita tetapi pinjaman dari Allah semata.Dengan bersedekan Allah akan menghapuskan sifat-sifat mazmumah(tidak elok) dalam diri kita.

9.MENAMBAH RASA SYUKUR
Apabila kita bersedekan,akan timbul perasaan syukur dan nikmat dalam diri dengan rezeki yang diperolehi.Jika kita tidak bersyukur,kita akan rasa rezeki tidak cukup walaupun dengan gaji yang besar.Sekiranya kita bersyukur dengan rezeki yang ada,hidup akan lebih bahagian dan aman.
Untuk menambahkan rasa syukur,kita harus lihat pada orang yang lebih susah dari kita seperti peminta sedekah dan fakir miskin.

Begitulah 9 Power Of sedekah yang aku share dari blog Dr.Azizan.Dari sudut lain,ia mengajar kita untuk sentiasa beringat atas apa yang kita ada ,bukan semuanya milik kita selamanya.Perkongsian ini bukan 



















Thursday, February 23, 2017

MamyPoko Murah di Lazada

Thursday, February 23, 2017 8 Comments
Assalamualaikum


Hai korang☺☺☺Ada je kisah nak bercerita ni..Kalau dah bercerita ni kang panjang lebar pulak kan.Siapa kat sini kalau beli barang keperluan anak,dia akan survey dulu..Silalah angkat tangan✌✌
Of course lah kan...setiap kali berbelanja,aku akan pastikan kat mana kedai atau shopping complex yang menawarkan harga promosi yang menjunam-junam..Itu adalah salah satu langkah penjimatan juga kan.Nak pulak kalau ada harga yang terlajak murah..Aku akan beli lebih dari biasa..At least dah boleh jimat untuk bulan depannya..


Zaman sekarang ni semua kena berjimat kan..Tapi bukan kedekut..Lain kekdahnya.Ada ke anak korang yang menggunakan diaper jenama Mamypoko..Ada yang mencari kat kedai mana yang murah.Ni dah kebetulan korang baca entry aku ni,sajalah aku nak bagitahu kat korang,Mamypoko murah di Lazada tau sekarang ni..Tak percaya? hah..Ni..Korang klik je LINK ni,tengok dan bandingkan dahulu harga di luar dan di Website Lazada...


And kalau korang nak tahu,Lazada sedang mengadakan Premium Baby Fair bermula dari 23-26 februari 2017..So ada masa lagi untuk korang terjah website Lazada ni.Bukan sahaja Promosi untuk diapers,tetapi juga untuk Botol susu,Susu,alat permainan dan banyak lagi


Sekarang kan berbelanja di hujung jari,Mana yang berkenan tu senang je kan nak dapat..

Link - Mamypoko

Aku rasa not bad lah harga dia..Nasib baik anak aku tak guna Mamypoko ni..Kalau guna dah lama aku beli..


Kalau korang nak terjah..terjah sekarang tau..sebelum 26 februari 2017..ok...selamat bershopping




                           

Wednesday, February 22, 2017

Tuesday, February 21, 2017

Wangian Enchanteur Yang Memikat Hati

Tuesday, February 21, 2017 12 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Lama tak bercerita tentang wangi-wangian ni.Sebenarnya stock perfume kat rumah tu dah kehabisan.Nak menyinggah untuk beli perfume memang sangat-sangatlah asyik terlupa.Lepas tu lain yang di cari lain yang jumpa.Lain pula yang dapat kan.

Tapi masa hari tu,aku masuk Gurdian,Memang nak cari Roll on.Hah..itu memang wajib ada..Memang di pakai setiap hari.Kalau takde,risau pulak tetiba bau badan kan.Haishh...Bila bekerja ni,bukan sahaja penampilan nak kena jaga,malah bau yang datang dari diri kita pun nak kena ambil berat jugakkan..Even,kau duduk dalam aircond,tak semestinya bau badan takde kan...Jadi untuk mengelakkan bau yang tidak diingini,haruslah memakai roll on..Tapi aku bercakap tentang pandangan aku,Tak taulah pandangan orang lain.

Bila dah masuk Gurdian ni,tetiba je banyak idea je nak beli kan?Lagi pulak budget tu ada,hah!! memang banyak lah yang nak diborongnya.Tapi aku takdelah borong mana.Mana yang dah habis kat rumah,itu lah yang aku akan beli.Melainkan barang dapur.Aku akan beli extra untuk barang dapur..Untuk makan je selalu aku beli extra...Kalau barangan peribadi ni,aku cuma beli mana yang perlu.Melainkan jugak bila ada promosi.

Dah..Panjang lebar pulak hujahan aku ni..Nak bercerita pasal Perfume,dah kait mengait pulak dengan barangan dapur kan.Oklah..Masa aku dok belek-belek Perfume kat Gurdian tu,Terpandang botol cantik Enchanteur ni.Banyak sebenarnya bauan dari Enchanteur ni.Tapi aku Tersuka tanpa sengaja dengan Haruman memikat Enchanteur Fashionista.Harga pun menarik.Still dalam budget aku lagi,so tanpa berfikir panjang,aku dah terbeli...hahaha...


Enchanteur
Enchanteur Fashionista

Bring out your chic and stylish side with this dazzling mix and match of Orange, Jasmine and Roses. Enchanteur Paris Fashionsta Eau de Toilette makes you the life of the party and the apple of his eye.

Suka dengan Packaging dan botol yang cantik.Termasuklah warna dan bauan yang sangat menarik tu.So,dah jadi milik aku sekarang ni.Lepas ni macam nak kena repeat beli yang warna pink pulak sebab diorang kata yang pink tu pun not bad jugak..Aku ada bau tapi bila dah banyak-banyak ni macam hilang bauan tu semua..

Enchanteur

Untuk Perfume Enchanteur Paris ni ada 3 bauan yang memikat hati korang tau.
Enchanteur
  • Princesse
  • Fashionista
  • Glam
So korang boleh pilih bauan yang korang berkenan..Macam aku ni,of courselah yang warna biru..Next time aku nak pilih warna Pink tu pulak..sesuai gitu.

Enchanteur
Tadaa....Ni saya punya ok!! hahaha


Mana nak dapatkan Perfume Enchanteur ni?Korang boleh dapatkan di Gurdian,Shopping mall dan juga di Watson kalau tak silap aku.


Sebenarnya banyak lagi bauan perfume yang dikeluarkan oleh Enchanteur,Korang boleh pergi ke website dan facebook mereka

http://enchanteur.com.my/
https://www.facebook.com/EnchanteurMY/













Monday, February 20, 2017

Kelebihan Kita amalkan Chia Seed

Monday, February 20, 2017 9 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺😇...Meh hari ni nak berchia..chia...chia seed lah pulak kan.Sebenonya,niat nak mengamalkan chia seed ni memang dah lama..Tapi tak terbeli-beli pun..Ramai je yang jual chia seed kat facebook..Tapi tulah..memang tak terbeli lagi sehinggalah aku tersenarai menjadi salah seorang pemenang Chia seeds di blog Diana Rashid...Wah..sukalah puan Blog ni..Tak payah dah nak bersusah payah nak membeli..

Banyak dan besar..Cukup untuk digunakan beberapa bulan...Sebelum tu.aku ingatkan chia seed ni sama je dengan biji selasih..Tapi rupanya tidak,rupanya mungkin,khasiatnya tetap lain ok..
Kedua, warna yang berbeza. biji selasih itu warnanya adalah hitam saja. Apabila terkena air, akan muncul selaput putih jernih yang menyeliputi menyelimuti biji selasih. Tetapi bagi chia seed pula, aianya mempunyai banyak warna iaitu berwarna hitam, , coklat, kelabu dan juga putih. Apabila terkena air,  akan muncul juga selaput putih menyelimuti biji chia.
Sekarang ramai yang menggunakan Chia Seeds untuk tujuan kesihatan..Nak tau tentang apa Khasiat dan Kebaikkan Chia Seeds?? 

chia seeds

Chia seeds mengandungi
chia seeds

  • 8x Omega 3 lebih dari Salmon
  • 6x Kalsium lebih dari Susu
  • 15x Magnesium lebih dari Brokoli
  • 9x Phosphorus lebih dari susu
  • 6x Protein lebih dari Kacang
  • 2x Fibers lebih dari Flakes
  • 4x Selenium lebih dari Flaxseeds
  • 3x iron lebih dari Bayam
  • 2x Potassium lebih dari pisang
10 Khasiat dan kelebihan mengambil Chia seeds dalam kehidupan kita seharian.


1. Dapat Melawan Diabetes
Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubtan, ianya telah menjadi sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya  untuk memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.

2. Mengandungi Serat yang banyak
Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat  penting untuk sistem penghadaman.

3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang
Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi,  tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.

4. Mempunyai Mangan
Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.

 5Lebih Bnayak Fosforus
Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihatdan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.

6. Kaya Dengan Protein
Biji Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya  tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

 7.  Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah
Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang  jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.

 8. Mudah  Berasa Kenyang
Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan akan memberikan  kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

10. Penuh dan kaya dengan Omega-3 
Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.

info : ramenpedas

chia seeds
So hari ini permulaan kita amalkan Chia Seeds...

Kepada korang yang ingin mendapatkan Chia seeds ni boleh la layari website dan IG mereka di

Website : www.slimsstreats.com
Insta : www.instagram.com/slimmtreats




Thursday, February 16, 2017

Khasiat Air Kelapa

Thursday, February 16, 2017 10 Comments
Assalamualaikum


Hai korang☺☺☺Ada je ni..Sambil-sambil buat kerja rumah,sambil tidurkan anak,sambil melayan blog,...haa....supermark betul kan..hahaha..

Oklah..Entry kali ni aku nak share sedikit Testimoni  petua yang pernah husband cuba untuk menurunkan kadar darah tingi dia.

Korang kenalkan Kelapa..Bila sebut pasal kelapa,mesti korang terbayang-bayang air kelapa yang dah dicampur ais,kena pulak tambah dengan air gula melaka sikit...Mesti syok kan..

Tapi,korang tau tak,selain daripada melegakan tekak di kala kepanasan,Air Kelapa Banyak Khasiatnya.Aku cerita sikit macam mana  kadar darah tinggi husband boleh turun selepas minum air kelapa.Actually,sebelum check darah tinggi husband adalah 205 atas..bawah aku tak ingat.And dua tiga hari sebelum tu,officemate dia share tentang petua air kelapa.Pagi sebelum appointment ke klinik..Appointment pukul 2.00 petang.Dia pi kedai mamak,minum air kelapa bercampur limau nipis.
Then pi klinik,dah turun kepada 145...wah...bagus petua ni kan..Then,why not aku share benda yang bagus ni kan.

air kelapa

INILAH YANG AKAN TERJADI JIKA ANDA MINUM AIR KELAPA SELAMA 7 HARI


Banyak orang mendakwa bahawa air kelapa memiliki kesan magik pada kesihatan kita. Anda mungkin pernah mendengar perihal minyak kelapa serta sebagian faedahnya.

Tetapi sempatkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut?
Air kelapa akan sangat baik untuk kesihatan badan bila diminum secara teratur, dan anda akan dapat merasakan khasiatnya.

Ajaibnya, air kelapa serta plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai susunan yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang dahulu, serta dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.

Hari ini air kelapa digunakan di seluruh dunia, serta boleh dijumpai di pasar di sekitar Anda.

 Mungkin saja rasa airnya tidak lagi segar, namun daya detoksifikasi serta faedah kesihatan yang lain dari air kelapa sangatlah tidak diragukan lagi.

Apa yang terjadi saat Anda minum air kelapa dalam 7 Hari?

Diambil dari website www.healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan system kekebalan tubuh Anda serta menyingkirkan bakteria yang mengakibatkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi serta virus yang mengakibatkan selsema, infeksi penyakit serta tifus.

Air kelapa boleh meningkatkan daya serta pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa juga bertindak sebagai diuretik semulajadi serta sangat membantu untuk orang yang mempunyai penyakit ginjal. Ini bakal menolong bersihkan saluran kencing serta saluran pundi kencing.

 Bermanfaat menyingkirkan toksin serta menolong memecah batu ginjal.

Air kelapa memiliki kandungan jumlah serat yang tinggi, hingga sangat baik untuk pencernaan.

 Meminum air kelapa dengan teratur bakal menolong mengawal asid dalam perut.

Karena air kelapa rendah lemak, Anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak.

Air kelapa bakal mengurangi nafsu makan Anda karena sesudah meminumnya anda bakal terasa kenyang, jadi secara tidak langsung menolong menurunkan berat badan.

Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa serta letakkan pada kulit yang mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering.

Air kelapa bakal membuat kulit lebih bersih serta segar, serta pori-pori akan terbuka.

 Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan serta menyingkirkan parasit usus.

Para pakar mendakwa bahawa air kelapa juga membantu menangani sebagian permasalahan kesihatan sepanjang kehamilan.

 Dengan cuma satu cawan air kelapa Anda bakal menyeimbangkan elektrolit, hingga anda akan terlepas dari hipertensi atau di kenal juga sebagai tekanan darah tinggi.

Saat orang terlampau banyak minum (mabuk) sepanjang malam, mereka kerap alami sakit kepala pada pagi hari.

 Minumlah air kelapa untuk menyingkirkan sakit kepala serta mengganti cairan yang hilang dalam tubuh dan menangani penyakit yang disebabkan dari mabuk.

Bila Anda mahu kulit Anda cerah serta terlindungi selama seharian, minumlah satu gelas air kelapa.

 Bila Anda kehilangan terlampau banyak tenaga dengan kegiatan fizikal yang meletihkan, Anda bolek memulihkan tenaga Anda dengan air kelapa.

 Air kelapa bakal memberikannya impak positif pada setiap bahagian badan Anda yang letih.

Air kelapa merupakan anti oksidan, sehingga dapat membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, perlindungan dari bakteria serta infeksi, penurunan berat tubuh serta banyak faedah yang lain.

Kan..betul tak aku cakap.bahawa kelapa mempunyai banyak khasiat tau..Itu sebahagian darinya..ada lagi khasiat yang aku tak tulis kat atas ni..

Kalau korang tau lagi apa khasiatnya,komen kat bawah ye..


Thanks reading ❤❤

Wednesday, February 15, 2017

Biskut Gery Viral Dah Dapat

Wednesday, February 15, 2017 15 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺☺Sihat?...Dah cuba ke Biskut Gery Yang sedang Viral berbulan yang lepas.
Actually,aku takdelah sangat nak mencari biskut tu,Sebab kalau pi pasar malam pun ada je orang jual.
Tapi tak pernahnya nak membeli..Ada gak niat nak rasa biskut tu,Tapi bila nampak,boleh buat bodoh je kan.

Hadoii..Orang dah lama peram dalam rumah biskut Viral tu,ko baru nak mencuba?? Ketinggalan zaman? emmmm...biarlah orang kata nak ketinggalan zaman pun..Kebiasaannya kalau benda-benda viral ni,sekejap je..Lepas tu hilanglah ceritanya kan.

Nak dijadikan cerita,Masa aku keluar makan tengahari,di tempat yang biasa aku makan,tempat pakcik jual buah,dekat tepi buah potong tu,ada bakul,dalam bakul tu ada biskut Gery ni..Saja suruh korang baca ayat budak-budak sikit.Tapi masa sampai kedai makan berhampiran tu,takde kisah sangatlah kan pasal biskut tu.Tapi tengah² makan tu,nampak orang tu keluarkan biskut tu dan letak dekat tepi buah potong tu..Aku perhatikan je,Dan-dan terkeluar dari mulut,cakap dengan officemate."Kejap lagi kita beli biskut tu nak? Berapa eh satu...dia pun xtau..aku andaikan biskut tu sebungkus rm10.Cakap kat dia,ko beli coklat,aku beli yang cheese..Nanti kita tukar-tukar..

Yang cheese tu aku punya...biasalah peminat cheese kan

Lepas makan,terus je pergi kedai buah tu,tanya harga RM5 untuk sebungkus biskut Gery..Oklah kan..Ambil sorang satu.Sampai opis,officemate aku dah rasa dulu biskut coklat dia tu..Eh..aku ada show off biskut tu kat insta aku...Jemput Follow eh aida_yusof81
Aku je buat rileks sebab masih kenyang lagi.Siap officemate lain tanya mana aku beli ni..Eh..ter promote kedai pakcik tu..Moga-moga murah rezeki mereka kan.

Aku suka yang cheese..sebab tak berapa nak manis sangat.Biskut tu pun dah bergula kan..Kalau yang coklat lagi manis..So far,bagi aku ok je..Korang pun boleh buat jugak kot...Beli je biskut gula kat kedai..Lepas tu tampal je cheese atau coklat..hah..gitu je kekdahnya..Tapi kalau korang malas macam aku,korang beli jelah..hahahah

Sebenarnya aku pun tak  tau asal usul biskut ni,nanti korang google la eh..Lapar pulak bila tengok biskut ni...

hahaha..ok bai..thanks sudi baca dan singgah di teratak blog pink saya ni..love u..

Tuesday, February 14, 2017

Pokok Hempedu Ular Untuk Darah Tinggi

Tuesday, February 14, 2017 9 Comments
Assalamualaikum

Hai Korang☺☺Apa khabar hari ni..Harapnya sihatlah kan...Biasalah,time cuaca macam ni,ramai orang tak sihat.Kalau pi klinik tu,tak penuh memang tak sah kan.

Dua minggu lepas,husband tak sihat,walaupun nampak dia tu sihat je...ok..Kalau korang tak faham,abaikan jelah ye.Tapi masa tu aku memang tak sihat,Sakit kepala da dekat seminggu tak hilang.Aku ajak husband pi farmasi je..Free je check tekanan darah tinggi.

So far,ok je tekanan darah aku,mybe aku sakit urat kot..Tu yang pening tak hilang.Last check husband aku,Darah tinggi dia naik sampai 225 ko😑.Aku tanya dia,ok ke tidak? Dia kata ok je..xde pun macam rasa pening-pening lalat tu..Ahh..sudah..Ajak dia pi klinik tak monya dia tu.

Esoknya baru pergi..Tapi kebiasannya lah kan,orang takkan bergantung pada ubat klinik je,Mesti diorang akan cari alternatif lain iaitu ubat kampung atau petua-petua lama.

Satu petua yang sekarang ni husband aku ikut adalah amalkan minum air daun hempedu Ular..Pernah dengar tak..Selalunya kat kampung-kampung mesti diorang akan tanam..Jap aku google

hempedu ular
credit picture:greenfinger

Hah..nilah pokoknya..Aku baru tanam kat rumah dua hari lepas..Harap-harap tumbuh la dengan jayanya..Tak payah la nak mintak orang lagi kan.Hari-hari boleh petik.

Lagi satu aku pun confius jugak bila aku google,ada orang panggil pokok ni Hempedu Bumi,dan ada juga yang panggil Hempedu Ular.

Terbaca di sini tentang kegunaan dan khasiat Hempedu Ular ni

Hempedu ular ni mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Penduduk Asia menggunakan herba ini untuk merawat masalah berkaitan penghadaman,pernafaran,demam,batuk dan penyakit berjangkit.Di kalangan orang Melayu,air rebusan ini digunakan untuk merawat demam,darah tinggi,cirit birit,luka,ulser,gigitan serangga dan menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan.


Itu sahaja yang aku dapat share sebab aku pun tak tau sahih ke tidak nama sebenar kepada pokok ini.

Yes..Daun hempedu ular ini telah digunakan oleh zaman Nenek moyang kita untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.So,ikut petua MIL aku macam nilah.
hempedu ular


Cara untuk menggunakan Hempedu Ular ini
-Ambil 3 helai daun Hempedu Ular 
-Masukkan ke dalam cawan yang diisi oleh air panas.
-Tutup cawan tersebut dan biarkan selama 15-20 minit
-Dan boleh terus diminum
-Amalkan minum seminggu dua kali sehingga parat darah menjadi normal kembali..

Rasanya memang pahit ya amat..Sampai aku pun tak sanggup nak minum..Huwa...rasa nak termuntah tengok husband aku minum.Tapi mana ada ubat yang sedap kan..





Monday, February 13, 2017

Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah?

Monday, February 13, 2017 7 Comments
Assalamualaikum


Hai korang☺☺☺Happy Monday Blues...Eh..Jangan nak blues sangat.Kang moody sampai ke petang sape susah...Diri sendiri jugak yang susah kan..hahaha

Nak tanya ni,Pada Parents la...Yang tak Parents tu kalau ada ilmu boleh jugak share...Or boleh juga take noted..Nanti kan korang akan kawen jugak kan..So,boleh je baca dan sedut ilmu untuk persediaan..Sedangkan yang dah jadi parents ni pun kena sedut ilmu jugak untuk masa depan anak-anak.Membesarkan anak-anak di zaman sekarang ni memerlukan ilmu..Silap sikit je,ibu bapa juga yang dipersalahkan..Takmo..takmo..

Ok..Berbalik pada soalan,anak perempuan korang,lebih rapat dengan mak atau ayahnya?Ikut acuan belah mana..Aku tanya macam tu sebab ada orang kata,kalau anak perempuan seiras ayahnya,maka hubungan antara ayah dengan anak perempuan tu sejuk..Maknanya macam serasi la...

Macam anak aku si Naura Auni tu,memang sebijik babah dia,orang kata baguslah,sejuk je kalau dengan bapak dia..Tapi aku tak taulah istilah sejuk tu macam mana.So far,Naura ngan babah dia,kalau bab memujuk memang babah dia,Umi dia memang garang,tapi garang-garang umi dia ni,tetap akan cari umi dalam setiap aspek.Bergaduh memang selalu,bab nak tidur pun masih mencari umi.

babah dan Naura ada minat yang sama...

Jarang pulak nak dengan babah dia,..Kadang-kadang je..Kalau boleh biarlah dia banyak dengan babah dia,,hahaha...Baru adil...eh..hahaha..Aku ada terbaca dekat majalah PAMA mengatakan,AYAH perlu memainkan peranan penting untuk membantu perkembangan positif anak perempuan mereka.Anak perempuan pun boleh jugak buat aktiviti lasak..Fakta mendapati anak perempuan yang rapat dengan papa akan membesar sebagai anak yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi. Hah..Tu kan da bagus kan...

Bila ada ayah yang tak tahu apa aktiviti yang perlu dilakukan oleh anak perempuannya samada di luar mahupun di rumah.Meh lah kita baca 10 aktiviti mudah untuk Papa menjadi rapat dengan anak perempuannya.

1. Main 'geletek-geletek'
Kalau anak anda masih bayi, main 'geletek-geletek' sudah cukup menggembirakannya. Mesti dia akan ketawa sampai nampak gusi. Nampak 'simple' kan tapi ada kesan positifnya pada perkembangan anak anda.
2. Baca buku
Aktiviti mudah yang semua papa boleh buat. Untuk kesan lebih menyeronokkan, papa buatlah aksi atau kesan bunyi yang bersesuaian mengikut watak dalam buku cerita yang dibacakan kepada si kecil. Maklumlah anak perempuan memang suka kalau ada bab-bab 'drama' ni. Mesti lepas itu, anak akan seronok bila papa yang bacakan buku cerita.
3. Nyanyi bersama
Kalau papa jenis yang suka menyanyi ambil peluang untuk tawan hati anak gadis dengan lagu-lagu kegemaran mereka. Tapi jangan risau kalau bukan 'kaki muzik' anda tetap boleh bergembira bersama. Anda hanya perlu ikut bertepuk tangan dan 'acah-acah' ikut dia menyanyi. 'Confirm' si kecil rasa seronok.
4. Main di taman
Aktiviti ini memang wajib papa semua buat dengan anak perempuan tak kira sama ada masih bayi atau sudah pandai bercakap. Antara permainan yang boleh dilakukan di taman adalah main buaian, naik jongkang-jongkit, gelongsor atau kejar-kejar.
5. Main pondok-pondok
Kalau dah nama anak perempuan memang tak boleh lari daripada suka main 'pondok-pondok', 'masak-masak' dan 'mekap-mekap'. Apa salahnya sesekali papa main bersama.
6. Main 'tembak-tembak'
Aktiviti ini akan melibatkan air. Jadi papa boleh lakukan permainan yang pasti akan membuatkan si comel ketawa keriangan sama ada semasa memandikannya atau ajak mereka basuh kereta bersama. Gunakan pancutan air daripada paip untuk ditembak ke arah anak anda. Aktiviti ini sesuai dilakukan dengan anak perempuan yang sudah boleh berjalan. Apa-apa pun sentiasa utamakan keselamatan anak anda.
7. Buat senaman
Biasanya papa bangun pagi mesti akan buat senaman ringan. Ini juga boleh jadi aktiviti menyeronokkan dengan si kecil. Ajak dia ikut sekali bersenam. Anda akan ketawa melihat aksi lucu si comel membuat senaman.
8. 'Golek-golek' atas katil
Aktiviti 'malas' ini sesuai dilakukan bersama anak anda yang masih bayi. Peluk, cium dan gomol dia sudah cukup membuatkan bayi akan tergelak-gelak. Bila sudah kepenatan, akhirnya kedua-dua anda akan tertidur. Mudah kan.
9. Timang anak
Papa boleh bantu anak perempuan berasa yakin untuk berada di tempat tinggi dengan membiasakannya ditimang sejak kecil. Sesekali timanglah bayi perempuan anda namun utamakan keselamatannya dan tak perlu timang terlalu kuat dan tinggi.
10. Bercerita
Walaupun si kecil masih pelat bercakap tetapi papa mesti kerap bercerita dan berborak dengan anak. Dengan cara ini ia turut membantu anak mengembangkan kemahiran komunikasinya serta lebih bijak dan berkeyakinan untuk bercakap.
'Bonding' antara papa dan anak perempuan sangat penting untuk membina keyakinan diri dan percaya diri. Percayalah, anak perempuan yang rapat dengan papanya akan mempunyai persepsi positif terhadap dunia dan orang di sekelilingnya.




Friday, February 10, 2017

Promosi Lazada Wih LOVE Sehingga 80%

Friday, February 10, 2017 13 Comments
Assalamualaikum


Hai korang ☺☺ Bagi love sikitlah kat korang yang rajin bertandang di blog aku ni ❤❤❤❤❤❤
Thanks kat korang yang tak jemu-jemu untuk masuk atau pun lalu lalang je kat blog aku ni..Yelah..Blog tak berapa nak cantik..Tapi pink cantik..heehe..Tak berapa nak glamour..Alah..takyah glamour sangatlah..Kang orang nyampah banyak kat kita kan..

EH..Korang...Saja je ni nak bagitau,Tapi entry ni bukan ajak korang agreed pasal Valentines Day ok...Kita ambil mana yang perlu je sempena Valentines Day.Especially untuk dapatkan harga Promosi sehingga 80% ni..Huyoooo...Eh..Korang ,nak bagitahu lagi ni,bulan ni anniversary aku yang ke-6 tahun bersama encik suami..Eh..ke aku dah cerita ek..Lupa pulak..So,sempena anniversary kami ni,dan sempena dengan Exclusice Valentines Day promotion ni,bolehlah aku carikan sesuatu untuk husband kesayangan tu..

Promosi Lazada Wih LOVE Sehingga 80%


Aku suka tau masuk lazada ni..Bukan sebab nak beli apa pun..Sebab warna pink tu sangat cerita bagi aku tau..Tu yang semangat lain macam sikit bila masuk Lazada ni..Offer pun gila-gila jugak..Adeh...Macam rambang je biji mata ni nak memilih..Lagi best kalau dapat hadiah dalam kotak pink,dan hadiah dalam tu pun pink...Mak suka tau!!!

Percaya kan??? Kalau korang masuk lazada memang korang suka,especially wanita,pink gitu..Wehh...Cer try masuk..Kalau korang nak masuk ke LAZADA MALAYSIA ni.Klik je icon Love kat bawah gambar tu..Dah sedia dah untuk korang..Khas tau aku buat...kat tempat lain takde...hahaha..ok aku tipu..

Promosi Lazada Wih LOVE Sehingga 80%
Klik Love  ❤❤❤❤


Promosi Lazada Wih LOVE Sehingga 80%
If korang nak pre-order untuk bunga pun ada tau..Rugi kalau lepas peluang..Macam mana nak tempahan pre-prder tu,
Klik Love  ❤❤❤❤

Jangan cakap aku tak payung korang tau..Sebab PROMOSI EXCLUSIV VALENTINES DAY WITH LOVE ini berlangsung dari 3 February sehingga 14 February je tau..Kalau lambat,jangan menyesal...
Aku tolong kabo kan dengan korang je..hahaha





 ❤❤ LAZADA MALAYSIA  ❤❤




NYX dah di jual di LAZADA MALAYSIA

Friday, February 10, 2017 10 Comments
Assalamualaikum


Hai Korang☺☺☺..Dalam tak sihat pun,masih lagi mengarang kata-kata cinta untuk korang..Eh..awat hari ni macam romantik ni...YEayy...Yelah...bulan ni kena romantik-romantik sikit.Bukan sebab Valentine's Day ok..Its because this month is my anniversary...yehuuuu..

Diam tak diam dah 6 tahun aku dengan husband...Anak dua orang...Oklah kan dua orang..rezeki,,rezeki..

Dan yang paling bestnya nak bagitahu kepada Penggemar barangan Make up NYX ni,Korang boleh dapatkan semua Produk NYX ni Lazada Malaysia.Syokkan...

Sempena NYX Malaysia melancarkan produk mereka di LAzada Malaysia,Korang hanya perlu register masuk ke NYX Malaysia disini dan dapatkan Vaucher bernilai RM15..Tapi mengikut Terma dan syarat mereka lah.


Ada Lipstick,Eyes make up,Face,Accessories dari NYX pun ada..

Lipstcik NYX



Macam-macam lagilah yang boleh korang dapatkan kat sana..Dah senangkan bila dah ada Makeup produk yang kita nak..

Kalau korang nak tengok lagi apa yang dijual dan apa yang sedang SALE di NYX Malaysia,Ni..
                                   Klik NYX MALAYSIA






Follow Us @aida_yusof81