Tuesday, March 07, 2017

Review | Merdeka Hotel Kluang

Assalamualaikum


Hai korang ☺☺☺..Emm....baru ni rasa boleh up entry santai..Semalam mc..Mungkin sebab penat sangat,tu yang kena demam,selsema dan batuk..Sebenarnya dari Jumaat lagi rasa macam dah lain macam,tapi kuatkan jugak diri ni demi nak tengok Program ni berjalan dengan lancar.

Actually,sepatutnya aku dah up pasal Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-anak Yatim Kluang.Tapi aku on hold dulu..Sebab banyak gambar yang perlu di tapis..Kalau korang nak tengok banyak lagi gambar masa program tu,korang boleh lah jengah di page JDT Blogger.

Banyak benda nak aku masukkan dalam entry tu..So,mungkin kena ada masa sikit update entry tu..So stay tuned ye.Oklah..hari ni aku sempat untuk buat review Hotel penginapan aku sepanjang aku di Kluang.So far oklah..rate biasa-biasa je sebab aku memang cari hotel murah di kluang.

Aku ambil dari Agoda.Awal bulan lepas aku dah start booking..Sebab masa tu tengah murah,so macam rugi kalau aku tak grab kan..

Aku check in pada 3 march sehingga 5 march 2017..huii....short vacation betul tu kan..Aku ambil standard twin..Oklah kan..cukup untuk 3 orang..sorang tido bawah..hahahaa...


Merdeka Hotel Kluang
Dari bawah Merdeka Hotel  Kluang,Johor


Merdeka Hotel Kluang
Ni tempat letak air panas,mineral water.cawan dan lain-lain..Masa ni memang takde masa nak bergambar sakan kat dalam tu.Ni pun masa buat kerja ,aku snap gambar..Sangat bersepah dengan goodies yang ada.


Merdeka Hotel Kluang
Pintu masuk bilik air..


Merdeka Hotel Kluang
Inilah dia katil kami untuk dua hari tu..tu pun dah bersepah dah..


Merdeka Hotel Kluang
Masa tempahan tu harga untuk bilik ni adalah RM72...Kalau tak silap aku untuk 3 hari 2 malam aku bayar dengan harga RM172 sekali untuk sarapan.


Wefie dulu anak beranak sebelum masuk Hotel..Aku tak faham kenapa muka Naura macam tu..mybe sebab dah penat kot..

So far,semua ok..xde masalah sangat..Sangat sesuailah untuk korang yang budget kecik macam aku ni..Kalau korang nak selesa boleh je sewa hotel yang sesuai mengikut kemampuan korang..Aku pilih hotel ni sebab berdekatan dengan program kami tu..


Ni aku sediakan lokasi,kotlah korang nak ke sana..senanglah nak terjah..Yang penting dekat jugak dengan RailCoffee tu..nanti aku cerita di lain entry pasal kopi tu ye..



Untuk sebarang pertanyaan Pasal hotel ni,korang boleh layari website Merdeka Hotel Kluang di sini


4 comments:

  1. Bestnya
    Lama dan kita tak pi bercuti

    ReplyDelete
  2. belum sempat lagi review.. gambar dah bersusun dah..nak ambil mood hahaha..

    - Hernee Nazir's Blog -

    ReplyDelete
  3. ohh.. next time boleh singgah ni.

    ReplyDelete