Monday, May 29, 2017

# shopping kami

Dating dengan kakak awfiyah di Aeon Jusco Tebrau

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ pada sabtu lalu,iaitu 1st day ramadhan,umi dah janji dengan cik fatin nak temankan dia ke Aeon Jusco Tebrau.CIk fatin tu adalah emak saudara kepada naura dan awfiyah merangkap adik aku..hehehe...Panjang lebar pulak nak terang ye dak.

Masa sambut puasa hari tu,ramai jugak adik beradik adik aku yang balik.Meriah la rumah nenek di kampung.Kami plan nak ke Aeon sebab nak temankan cik Fatin nak beli baju adik bongsu kami tu.Actually,untuk si bongsu ni meriah sikit,sebab ramai yang sponsor dia baju.Maklumlah,itulah yang last,jadi mak dan ayah dan tak perlu risau untuk persiapan si bongsu ni.Untunglah moksu ila ni.

So,pepagi lagi kami dah gerak,untuk ke Aeon Jusco Tebrau kalau dari kampung ambil masa 2 jam jugak lah.So bapak-bapak tak ikut,yang pergi cuma aku,cik fatin,maklong dan juga anak-anak aku iaitu awfiyah dan Naura.Maklong jelah yang bawak anak kecil.Untuk entry ni,meman takde banyak gambar kat sana sebab masa tu umi macam takde mood nak bergambar..hahaha...

Sampai je Aeon,plan memang nak cari baju raya untuk bongsu kami tu,masuk ke Butik Outlet,dapatlah baju yang diidamkan.So far complete dah kat situ.Lepas pada tu,cik fatin pulak cari keperluan dia,dan begitu jugak Maklong.Last baru lah aku.Aku tak beli apa pun masa tu,sebab memang budget nak beli kasut je.Bukan untuk hari raya,untuk tambah koleksi je.

Kasut atau sandal yang selalu aku pakai adalah cap Crocodile.Tu je..memang sejak 6 tahun kebelakangan ni,aku rasa sesuai dan serasai dengan kasut jenama ni.Very comfort bila memakai.Memang takdelah dah nak pakai heels.,Cukup sekadar sandal biasa..Ok..itu nanti..aku cerita di lain entry.

Lepas pada tu,mak long dengan cik fatin nak masuk beberapa butik lagi,and yes,aku dah kepenatan berjalan.Cari tempat duduk dan rehat sambil tunggu diorang habis shopping.
Umi dan kakak,memang saja bawak dia sebab rasa dah lama tak bawa dia pi jalan-jalan

Masa ni adik naura sibuk ikut cik fatin,so tinggallah kakak je dengan umi..Oppss...kakak tak puasa...hehehe..jangan marah ye.Dua air tu kakak punya.Kakak dah kepenatan berjalan,so mintak belikan air untuk dia.

Hah..nampak tak segala toto dan juga bantal.And untuk pengetahuan korang,kalau aku pergi ke shopping mall,aku akan bawa toto dan bantal kecil tu supaya senang nak letak anak-anak dalam tu.Memang payah sikitlah kan bila kena naik lift,tapi bagi aku takpe,janji selesa anak-anak nak rehat,.Sebab apa,diorang ni bila dah kepenatan,pelbagai karenah la yang diorang buat,so untuk berikan keselesaan masa shopping,memang kena bawak toto dan bantal.Letakkan je dalam troli.So diorang boleh rehat dan baring dalam tu.Itu bagi akulah kan,

Bila kakak penat,dia akan baring dalam tu,Masa tulah korang kena standby makanan dan air secukupnya.

Balik dari Jusco,terus ke bandar kota tinggi singgah untuk beli lauk.Biasalah,kalau dah petang-petang ,jalan memang jammed sikit.Dekat Jusco pun,walaupun baru 1st day berpuasa,orang dah ramai.Lagi pulak masa kami pergi tu,memang ada sales dan pembelian rm100 ke atas akan dapat voucher rm20 tau..Ia hanya untuk 3 hari je,masa aku menulis entry ni,entah-entah dah habis untuk voucher tu.

1 comment:



Follow Us @aida_yusof81