Misi Potluck JDT Blogger berjaya

Monday, May 22, 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Misi Potluck untuk JDT Blogger dah pun berjaya.Walaupun tak ramai yang join,cuma sebahagian sahaja yang dapat menjoinkan diri,alhamdulillah.

Sebenarnya Potluck JDT blogger ni memang dah ada pun dalam acara tahunan kami.Cuma masa je belum kami tetapkan.Tapi bila dah ada kata sepakatan dari ahli yang lain,maka kami memilih tarikh 20 Mei 2017 untuk mengadakan Potluck JDT Blogger.

Seperti yang korang tahu,JDT blogger ni baru ditubuhkan pada awal tahun ini.Wujudnya JDT blogger ini adalah untuk satukan blogger-blogger yang tinggal di Johor Bahru.Tak kisahlah samada dia berasal dari negeri mana sekalipun,tapi kalau dah duduk di Johor,dia tetap boleh join JDT Blogger.Dan JDT blogger tiada unsur memilih dan tidak juga berkroni.Kami cuma hasilkan group bagi memudahkan kami mengenali blogger yang ada di Johor.Dan mereka juga tidak diawasi untuk bergaul dengan siapa sahaja dan group mana sekalipun.Takde paksaan.

Oklah.rasa korang pun dah taukan mission kami ni.Mengeratkan silaturahim tu bagus tau..hehehe...Oklah..berbalik semula kepada Misi Potluck kami tadi.Sebulan lebih awal,kami dah siap sedia dengan menu masing-masing.Tau apa yang akan dibawa oleh mereka-mereka yang hadir ini.
So dalam pukul 11 pagi kami dah berkumpul di tempat yang dah pun kami pilih iaitu di Bukit Layang-layang Pasir gudang.Bagi aku kat tempat tu sangat sesuai untuk korang beriadah,berjogging,bersantai ,pothoshoot dan sebagainya.

Ini adalah antara Blogger yang hadir di Potluck JDT Blogger ini
Mereka adalah
Dan menu kami pada hari itu adalah


  • Nasi putih
  • Ketam masak lemak
  • Ketam pedas
  • sayur kobis
  • Ikan mayong
Dan semuanya sedap-sedap belaka.Dan tak lengkap rasanya kalau takde sambal tempoyak pemberian kak seri.Walaupun kak seri tak datang,tapi dia tetap kirimkan sambal tempoyak yang sedap ni.



Dan antara dessert kami di hari itu adalah
Serius..semua sedap-sedap belaka..Sampai kami tapau balik rumah.Cuma nona manis tu je aku tak sempat nak menjamah.dah habis dah..huwa...mohon lin buatkan untuk akak lagi..haha


Seronok sebenarnya kalau dah dapat berkumpul macam ni.Macam-macam ragam dan aksi boleh tengok.Dari anak-anak sampai ke mak orang.

Harap di masa akan datang,kami bolehlah berkumpul lagi seperti semalam..Kalau dapat lama-lama kat situ lagi best,Thanks korang yang menjayakan Program Potluck JDT Blogger..







You Might Also Like

11 Orang Komen

  1. meriahnya..seronok kan dari alam maya jadi kawan di depan mata.semoga sukses dalam blogging

    ReplyDelete
  2. uihh kemain seronok lagik yek hangout sesama..

    ReplyDelete
  3. meriahnya, ketam lemak kuning tu tak menahan..sedap

    ReplyDelete
  4. aduhaiii.. penuh perut... kenyang macam apa... siap tapau bawa balik rumah lagi....

    potluck JDT blogger... terbaikkkk

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  5. Seronoknyaaaa nak join jugak

    ReplyDelete
  6. Wah.. Seronoknya dapat kumpul ramai-ramai cengginie..

    ReplyDelete
  7. Bestnya hangout rakan blogger bersama :)

    ReplyDelete
  8. kalaulah masa tengah makan dah tau cerita misteri nusantara tu ek..mau berterabur lauk2 sedap hahaha


    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum eda...misi potluck kita berjaya...tq semuanya yg hadir n tidak hadir juga...

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"