Monday, August 14, 2017

# parenting

Demam dan Ruam

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Naura demam lagi.Naura ni memang jenis senang sangat kena demam,nak kata antibodi tak kuat,mungkin lah kot.


Masa sebelum aku pergi appointment kat Hospital lagi dia dah demam.Malam sebelum esoknya ke Hospital,aku dah bawak dia pergi jumpa doktor.Biar pun ada ubat lagi kat rumah,aku memang akan bawa dia ke klinik kalau demam dia tak kebah tau.Jenis Naura ni suka demam malam.Kalau malam,badan dia memang akan meningkat.Sebab tu bila dia dah demam,umi dia tak boleh nak tidur malam.


Kali ni,demam dia diikuti dengan ruam tau.Masa nampak biji-biji merah kat badan dia tu,aku ingat dia nak kena chicken pox ke ape kan,Tapi takdelah besar-besar macam kakak dulu kena.Aku pernah up entry pasal kakak fiyah kena Chicken pox di SINI .Tapi kakak bukan sekali tau kena,dua kali dia kena,hah,kot korang nak baca entry pasal tu,Klik je kat SINI. Tapi masa kakak kena teruk jugak tau,besar-besar biji dia tu.Meletus-letus air dari biji merah tu.


Hah..si Naura ni belum kena pulak.Tak taulah nanti tu macam mana.Tapi demam kali ni,seperti yang aku cakaplah kan,ada ruam-ruam merah.Tanya kat doktor apa yang merah-merah tu,chicken pox ke? Dia kata jauh sangat chicken pox.Aku tak ingat apa yang dia cakap,tapi aku ada lah menggoogle tentang ruam merah ni.


Aku ada goole,ada maklumat ni kata nama demam ruam ni dikenali sebagai Roseola infantum.Dari pembacaan aku,Roseola ini adalah penyakit virus yang agak ringan yang biasanya menyerang bayi berumur antara 6 hingga 3 tahun.Ia bermula dari demam yang agak tinggi selama tiga hingga lima hari dan diikuti dengan ruam ni.


Bukan setakat di badan,malah celah peha,kaki,tangan..Ni dah mula naik kemuka pulak

Tapi kesiannya,ruam ni macam gatal pulak tengok,kerap nau suruh umi dia garu.Actually umi memang tak garu pun,umi cuma gosok-gosok je pakai tapak tangan,kalau garu kang,takut luka pulak.



Doktor pun dah bagi Calamine Lotion ni sebab doktor dah pesan siap-siap ruam ni macam merenyam sikit.Nanti anak tak selesa,Dan betullah,dia memang tak selesa.



Bila setiap kali dia gatal,aku sapukan lotion ni,lepas mandi wajib aku sapu.Tak pun kalau dia dah kerap sangat suruh garu,aku mandikan dia,baru letak lotion ni balik.Yelah,dia tau nak ngaruk je kan,sebab apa,sebab dia tak selesa.Kita yang tengok pun kesian,



Moga cepatlah dia sembuh,malam pun macam ngigau je dia,tak tau kenapa..Bertabahlah seorang umi bila tengok dan layan anak dia  dalam keadaan tak sihat.




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

3 comments:

  1. semoga naurah cepat sembuh..saya jarang sapu krim macam tu..biasa sapu vco je..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  2. siannya la hai..get well soon naura..

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81