Monday, October 02, 2017

# percutian

Percutian singkat Melaka-Pahang

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Jomlah kita throwback cerita pasal percutian aku selama seminggu tu.Actually percutian tu bukanlah untuk makan angin.


Meh aku cerita,masa hari rabu hari pertama aku di Melaka,husband settlekan tanah mak dia yang dah naik pokok-pokok besar tu.Kes nak kemaskan tanah tu lah.Actually tu tanah perumahan,so bila dah lama sangat tak dibina rumah dan sebagainya,maka naiklah segala sarang disitu.Dan pada masa yang sama,menghantar MIL yang ada appointment dengan doktor di sana.

Tak pergi mana-mana pun  bila di Melaka,cuma wajib bila balik Melaka singgah Pantai,iaitu di rumah adik beradik MIL dan juga Rumah Tua Melaka.So itu memang tempat yang wajib kami singgah setiap kali balik Melaka.

Sempatlah juga cari Asam pedas Melaka yang sedap iaitu port setiap kali kami balik Melaka.Memang suka sangat singgah kedai Asam pedas ni.Ianya bersebelahan dengan sekolah 

So far makanan kat situ memang sedap dan mempunyai pelbagai jenis lauk pauk khususnya asam pedas..

Keesokkannya pulak kami bergerak ke Pahang untuk ke rumah abang ipar aku di sana.Abang ipar aku tu baru je dapat baby baru selepas 11 tahun tak pegang baby..hahaha...maklumlah..semuanya ter....hehehe...

Sabtu sebelum kami balik tu,sempatlah dia ajak kami makan Nasi dagang.Ini request dari aku untuk makan nasi dagang.Sebenarnya suruh dia tapau je,tapi dia suggest makan kat situ.Kedai ni memang popular dengan makanan Nasi dagangnya..Berhampiran dengan kedai Nasi dagang ni pulak,Nasi kerabu yang orang kata agak viral.Memang kena beratur panjanglah jawabnya.So kita makan apa yang kita nak je.Sempatlah aku merasa pulut panggang ikan yang payah aku nak jumpa di Johor.Bukan payah,cuma rasa lain dari kat sini.Makanan pantai timur memang sedap..hehehe

 Ni hah tempatnya,kedainya biasa-biasa je,tapi orang punyalah ramai pagi tu
Al-kisah nak selfie,sekali kerengga penuh kat batang pokok tu...kesian kakak...
sempatlah dia pau umi beli kismis pakcik tu



Nasi dagang

Pulut panggang ikan one of my favourite kuih

Selepas dari makan-makan tu,BIL ajak pulak kami beriadah di Taman Bandar Indera Mahkota.Yelah,bawa anak-anak ni,kalau tak bawa ke sini memang tak sahkan..Bukan sini je,kat mana-mana jelah..Tapi ini adalah pertama kali kami ke sini..


Bila dah ke sini,ada pulak permainan,memang sukalah budak berdua tu.Apa lagi,semuanya di cuba.Tapi yang menarik kat sini,korang boleh bagi ikan makan di Tasik Taman Bandar tu.Boleh beli makanan ikan tu di kaunter.,

Selain tu,kami naik boat untuk melusuri Tasik disitu.


kakak dan adik excited bagi makan ikan


Ikan-ikan yang kelapara..besau benau ikan tu hah

Kaunter tiket untuk naik boat

Airboat Taman Bandar 


Tiket Airboat Taman Bandar Indera Mahkota
Kanak-kanak Rm2
Dewasa Rm4



Kakak dan adik seronok sangat naik boat.Umi pulak yang seriau sebab risaukan diorang.Lepas dari naik boat,kami pun balik sebab plan nak sampai ke Johor sebelum Maghrib.


Lepas pada makan tengahari,kami balik ke Johor.Alhamdulillah selamat sampai ke bumi Johor dalam pukul 8 malam.Sempat singgah untuk makan di Pasak pulak.Habis dah percutian kami.Janji dapat luangkan masa dengan kakak dan adik.alhamdulillah....Nanti kita bercuti betul-betul ye kakak dan adik..emmm..tak tahulah next destinasi kat mana...heheheh


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

13 comments:

  1. assalamualaikum eda...wah !! seronok kan kalau dpt bercuti sekali sekala...rehatkn minda...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama,rasa macam tak cukup nak bercuti tu

      Delete
  2. bestnya.. lama betul busyra tak bercuti.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kalau bercuti mesti pi jauh kan...hehehe

      Delete
  3. berjalan sakan ye kak.. happy la budak berdua tu ye.. hehe

    ReplyDelete
  4. seronok juga macam tu kak..bukan selalu dapat
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah mar,masa ni takde dah fikir masalah kerja

      Delete
  5. Wahhh jauh perjalanan ye hehee...kalau pergi melaka rugila kan xmkn asam pedas huhu...sedap kann hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan...asam pedas memang pebret akak

      Delete
  6. Best ni. Boleh plan short vacay ke Melaka pasni.

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81