Thursday, October 05, 2017

# segmen

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017

Assalamualaikum
Hai korang☺☺lama tau tunggu blogger HH ni nak buat segmen.So kalau korang nak join boleh je join..Just tekan je banner kat bawah ni ye


Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Oklah sebelum tu aku nak bercerita sedikit tentang beberapa perkara yang aku listkan di bawah..Nanti korang baca tau.

BLOG KISAHSIDAIRY.COM

Kewujudan blogsidairy ni adalah dari satu blog  di mana blog terdahulu aku iaitu akuwanitamelayu.blogspot di wujudkan..Memandangkan bila di cari di google,banyak sangat perkataan-perkataan lucah yang seringkali orang kaitkan dengan aku wanita tu,sebab itu aku menukar kepada kisahsidairy.com.Mulanya aku menghasilkan blog adalah untuk suka-suka.Bila kawan buat blog cantik kita pun nak hasilkan blog yang cantik juga.


Tapi bila bermulanya blog berkembang dan banyak ilmu yang aku dapat dari berkawan dengan blogger,so aku cuba lagi cari ilmu untuk memantapkan lagi blog ni.Walau tak sehebat tuan empunya blog Hasrulhassan.com,at least adalah ilmu yang aku dapat.

Dari situ aku cuba dan tau serba sedikit tentang SEO.dan kalau korang nak tahu,aku belajar selok belok edit blog dan SEO adalah dari SIFU SEO kita iaitu blogger Hasrul Hassan.Yang mana nak tau tentang tips Blogging boleh klik SINI

Dalam blog ni banyak mengisahkan tentang parenting dan review produk sebenarnya.Kadang-kadang semua cerita aku masukkan dalam ni.Sebab tu aku banyak tulis tentang parenting dan lifestyle blogger.Kalau korang nak tahu,blog ni adalah sumber pendapatan sampingan untuk diri aku tau.Alhamdulillah...aku bangga menjadi seorang blogger walau pun tidak dikenali ramai..bersyukur sangat

Hah...itulah serba sedikit info mengenai blog ni..


Korang yang nak join segmen blogger Hasrulhassan ni kenalah cepat-cepat join sebab HH akan close penyertaan bila cukup 30 blogger yang menyertai segmen beliau..So cepat sebelum terlambat.






Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 comments:

  1. Okay, boleh join nanti. selamat bersegmen :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eda...selamat bersegmen yer...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. Terima kasih join, dah lama kita kenal dalam dunia blog ni kan ... alhamdulillah.

    Saya dah masukkan ke dalam bloglist.

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81