Wednesday, November 22, 2017

# petua

Cara simpan bahan stok dapur agar tahan lama

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Bila bab dapur ni,sebagai orang perempuan,kita sangatlah memahami kan bagaimana cara untuk menyimpan barang-barang dapur agar ia lebih tahan lama.
Kadang-kadang aku terfikir jugak,macam mana aku nak simpan barang dapur seperti halia,sayur,cili dan sebagainya supaya ia tidak busuk dan tahan lama.Kadang-kadang tu cili cepat je kering dan busuk bila lama sangat di dalam peti ais.Sama juga dengan ikan bilis,korang perasan tak,kalau letak kat luar,ikan kering tu akan keras dan busuk.Ataupun sedikit basah sampai bau tak menyenangkan..betul tak.Aku cari juga petua bagaimana nak simpan bahan-bahan utama lah jugak ni.So dari majalah keluarga,ada kongsikan cara simpan stock bahan dapur agar lebih lama.




Kalau ikut petua orang dulu-dulu kan,kita letak je halia atau kunyit tu dekat tanah agar ia tahan lama,kalau nak guna,ambil sedikit .Kalau MIL aku kan,dia akan letak kunyit dan halia tu kat dalam pasu belakang rumah,Bila dia nak guna dia akan ambil sedikit tau.Tapi kalau kita ni hah,yang bekerja,mana nak sempat semua tu kan.So dari Majalah keluarga ada dikongsikan bagaimana meyimpan stock bahan dapur agar tahan lama




1. HALIA/KUNYIT/LENGKUAS
Bagi halia dan kunyit yang belum dikupas,korang boleh simpan dalam bekas berisi air.untuk memastikan ianya tidak berlendir,kenalah ditukar air setiap 3-4 hari.Bila kita guna cara ni,insyallah boleh disimpan selama lebih 2 bulan.
Yelah,kalau kita just simpan di luar,halia dan kunyit tu akan cepat kecut dan cepatlah busuk.So untuk Halia dan kunyit ni,aku belum lagi buat cara ni.Cuma aku letakkan di pasu bunga sahaja.



2.SERAI
Serai ni boleh disimpan dengan cara yang sama seperti halia dan kunyit.Yang penting kena selalu jugak tukar air.Tetapi sebelum tu korang kenalah cuci bersih serai tu ye.So,bil dah ada kaedah macam ni,takdelah serai tu mengering je kat luar kan.Sayang tau,lainlah kita tanam serai tu,sekali nak,sekali amik,Kalau yang jenis takde serai kat rumah tu,terpaksalah beli banyak-banyak untuk buat stock.


3.CILI
Hah...yang ni petua yang memang selalu aku amalkan untuk memastikan cili dalam keadaan yang baik.Selalunya stock cili ni memang banyak aku beli tau.Bukan apa,cili ni boleh dikatakan setiap hari guna dalam masakkan,so sebab tulah aku kena beli banyak.Petua yang selalu aku amalkan ialah membuang tangkai cili.Kemudian masukkan ke dalam bekas yang dilapik dengan Tisu.Kemudian letakkan beberapa bawang putih yang telah dikupas ye.Lepas tu boleh tutup.Hah..boleh tahan lebih dari dua minggu tau.So,wajib untuk korang guna petua ni.
Cara simpan bahan stok dapur agar tahan lama
4.IKAN BILIS
Petua ni pun aku dah guna tau.Kalau dulu aku simpan je dekat luar,tetapi lama-lama ikan kering tu keras sebab mungkin dah terlalu lama kat luar,lepas tu dah mula macam berhabuk.So,bila aku guna petua ni,alhamdulillah,ikan bilis tu elok je kat dalam tu hah..Caranya adalah memasukkan Ikan bilis ke dalam bekas kedap udara yang kering.Kemudian simpan di dalam peti sejuk.Setakat ni tahanlah..ada kata boleh tahan setahun..Hah..itu kalau korang beli banyak lah kan.Kalau kat rumah ni,aku beli takdelah banyak sangat.Mybe untuk dua bulan tu ada,sebab jarang pakai.hehehe....



Hah..petua-petua di atas ni sangat berguna tau bagi orang perempuan.Senang keje tau.hehehe...Benda bagus kan,why not kita share,....hehehee
Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

9 comments:

  1. eh betullah yang cili padi tu. Nekma yang ajar. pastu Qekra try buat kat rumah memang menjadi ;)

    ReplyDelete
  2. ikan bilis pernah simpn dalam kabinet, sudahnya jadi berbau bila goreng. baru thu kena simpan dlm peti

    ReplyDelete
  3. yg cili tu mmang berkesan selalu buat mcm tu tahan lama..

    ReplyDelete
  4. cili tu sama cara ena simpan mcmtu.. mmg tahan lama..

    Jemput join GA :)
    https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    ReplyDelete
  5. semua petua dia atas dah fiza pratiskan.memang tahan lama :)

    ReplyDelete
  6. Wahhh bagus ni, tapi tu lah, kunyit serai semua tu letak dalam bekas berair je..pasu x de huuu

    ReplyDelete
  7. isteri saya simpan serai yang dibeli dalam bekas yang berisi air, memang tahan lama, siap keluar akar lagi. hihi

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81