Bertukar kepada Beras ParBoiled Jati - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Monday, April 23, 2018

Bertukar kepada Beras ParBoiled Jati

Assalamualaikum
Bertukar kepada Beras ParBoiled Jati | Actually,lama juga dah bincang dengan husband nak bertukar kepada beras perang atau Parboiled rice ni.Bila fikirkan bab kesihatan,memang kena tukar.Tapi masa tu husband masih lagi ragu-ragu nak bertukar.
Tapi bila fikir kesihatan,lama-lama kami bertukar jugak kepada Beras Parboiled ni.Actually di pasaran banyak jenis beras parboiled ni,bukan sahaja jenis beras rebus ni sahaja,Beras perang pun ada juga khasiatnya tersendiri.



Sebelum tu,aku dah mula survey beras mana yang sedap dan harga yang berpatutan.Kalau ikut jenama beras,terlalu banyak di pasaran samada yang murah dan yang mahal.Tapi bagi aku ni ,aku ambil yang murah dan sedap je.Ada juga rakan blogger yang tolong aku suggestkan beras ni.Dan ianya mudah didapati.
Sedikit info yang aku kongsikan pada korang tentang apa itu beras rebus dan khasiatnya seperti dibawah ni.

Apa itu beras rebus/Parboiled Rice

Setelah padi(bijian beras yang masih di dalam kulitnya)di tuai,kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan beras perang.Sekiranya beras tersebut melalui proses seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi beras putih
Beras yang direbus diproses terus dari padi yang dituai.Padi direndam ,distimkan dan kemudian dikeringkan tanpa membuang kulitnya.Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya beras rebus.

Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnyanya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi dan wujud proses pengubahan kanji di dalam beras sehingga menjadikan ianya lebih tahan dari kepatahan dan lebih berderai daripada beras putih biasa dan beras basmati yang tidak direbus/non parboiled basmati rice.
Proses pengestiman beras tersebut tidaklah menjadikan beras tersebut masak oleh itu ianya akan mengambil masa yang sama sahaja untuk dimasak seperti beras yang tidak direbus terlebih dahulu.
Oleh kerana menjalani proses yang istimewa, beras yang direbus/parboiled rice mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang tidak direbus/non-parboiled rice.
http://www.mykeledek.com
Banyakkan khasiat yang terkandung di dalam beras rebus ni.Harap lepas ni akan terus menggunakan beras rebus..insyallah..Tapi sebelum tu,korang tahu tak kelebihan menggunakan beras parboiled ni berbanding dengan beras biasa.Meh aku share sikit apa kelebihan yang terdapat di dalam beras parboiled/beras rebus

KELEBIHAN BERAS PARBOILED/REBUS

  • Sangat bersih
  • Tidak patah semasa proses
  • Sangat elegan dan cantik bentuknya
  • Tidak patah semasa di masak
  • Semakin memanjang apabila dimasak
  • Khasiatnya 80% sama dengan beras perang(brown rice)
Sebab tu bila korang lihat beras perang dipasaran mahal.Tapi tulah kan,tepuk dada tanya selera sendiri.Tengok poket sendiri.Kalau rasa tak mampu nak beli beras perang yang harganya mahal.Cukuplah dengan menggunakan beras rebus ni.

So,aku memilih menggunakan beras JATI PARBOILED ni.Aku beli beras ni di Tesco.Sebab bila cari kat pasaraya biasa,memang payah sikit.Kena cari kat pasaraya besar baru ada.So far harga Jati Beras rebus ni memang affordable lagi bagi aku.Harga beras rebus jai ni cuma RM19.99 untuk 5kg.
Memang seriau jugak nak mencuba beras ni.Takutlah tak terima dek tekak.Tapi bila rasa beras ni,alhamdulillah...boleh diterima dan insyallah akan terus menggunakan beras ni sahaja.


Nampak tak lain sikit warna beras rebus ni..dia agak kekuningan sikitlah.


Warna beras rebus ni agak kekuningan sedikit berbanding beras biasa yang nampak putih je kan.Bila korang rasa beras ni guna tangan,memang agak berbeza tau.


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

16 comments:

  1. Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. KAHKAHKAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mak...aku dah boleh telan dah beras rebus ni

      Delete
  2. SA x pernah makan beras rebus..sekarang guna beras basmati sebab takde kanji..satu rumah dah tukar dah...mahal skit la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah lagi cuba basmathi..tapi harganya boleh tahan jugak kan SA

      Delete
  3. Tak pernah lagi makan beras rebus. buat masa sekarang Sis makan beras brasmati Pulsa tu..nanti bole cuba ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok je Basmati pulsa tu...cuma harganya lebih murah berbanding basmathi.

      Delete
  4. rabia makan beras faiza taj mahal tu..

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah cuba lagi beras rebus ni. Sekarang pakai herba poni taj mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far ok je beras ni..tapi kalau pakai herba poni pun ok jgak.cuba ia agak mahal la

      Delete
  6. agaknya beras ni la yang housemate beli dulu, pelik sikit rasanya, tak berapa kena dengan tekak..memang kuning sikit warnanya..housemate ade diabetes, sebab tu dia beli beras ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la tu kot..beras ni taklah berapa sedap.mak akak pun tak boleh nak telan...

      Delete
  7. pernah nampak beras ni.tapi belum tergerak hati lagi nak cuba..thanx untuk infonya kak

    ReplyDelete
  8. harga basmathi dgn praboiled lebih kurang je.. liez br je tahu ada beras ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa basmathi lebih mahal kot.praboiled ni ikut jenama gak.

      Delete



Post Top Ad