Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap - Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Wednesday, April 11, 2018

Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap

Assalamualaikum
Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap | Pertama kali dalam hidup aku,mengenali O-Matcha ni bila diperkenalkan oleh seseorang.Selalunya yang aku minum hanyalah Green Tea,Tapi ada lagi minuman yang lebih baik lagi dari Green Tea ni.
Korang semua tahukan,Green Tea ni sebenarnya memberikan kesan yang baik pada tubuh badan kita,dan semestinya Matcha ni lebih baik dan lebih pahit dari Green Tea.1st impression aku bila dikatakan pahit tu,rasa pahit ubat yang korang terpaksa telan tu...hahaha...

APAKAH KEBAIKKAN MATCHA

Matcha dan Green Tea sebenarnya berasal dari tumbuhan yang sama iaitu Camellia Sinensis.Yang menjadikan ianya berbeza adalah cara proses dan penanamannya.
Teh hijau biasanya hanya mempunyai kira-kira 63mg antioksidan berbanding matcha yang mempunyai kira-kira 134mg katekin-antioksida yang kuat dan mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan.
Matcha ni sama seperti teh hijau lain, mengandungi kelas antioksidan yang dipanggil katekin. Matcha tinggi dalam katekin yang dipanggil EGCG (epigallocatechin gallate), yang dipercayai mempunyai kesan melawan kanser pada badan. "


Bila dah dengar banyak manfaat untuk kesihatan,aku pun cuba dessert dan minuman yang berasaskan Matcha ni.
Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Lokasi TSUJIRI di Mount Austin JB
Di Johor Bahru,satu tempat yang menyediakan minuman yang banyak manfaat ni tau iaitu TSUJIRI.TSUJIRI ni sebenarnya dah lama di luar Negara,cuma mereka masuk ke Malaysia ni baru-baru je.Hidangan yang menjadi signature kepada TSUJIRI ni of courselah O-Matcha.
Hari tu,aku dan beberapa rakan blogger yang lain,sempatlah merasa kenikmatan O-Matcha ni sambil lepak-lepak dengan pengurus cawangannya  iaitu Mr.Alex..Peramah tau orangnya.Dan dia lah yang berikan penerangan kepada kami tentang Tsujiri ni.
Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Menu yang korang tengok di bawah ni adalah Menu yang dipilih oleh Mr Alex yang merupakan menu yang sering menjadi pilihan pelanggan mereka.
Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Float Selection O-Matcha Milk

Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
TSUJIRI Parfait

Perbezaan antara Tsujiri Parfait dengan O-Matcha Milk di atas,TSUJIRI Parfait ni ada conflakes,red bean dan juga biskut roll ni.Sedap tau,Naura dan konker Tsujiri Parfait ni.

Ada dua pilihan Aiskrim untuk float samada korang boleh pilih O-Matcha ataupun Haujicha.Haujicha tu maksudnya Matcha yang di panggang  hingga keperangan,tu yang warnanya seakan coklat.

SIGNATURE TSUJIRI

Ada dua jenis Signature Tsujiri ni tau.Yang ni memang pure punya,takde letak gula pun.Korang yang tak sukakan gula dan nak ambil sebagai minuman kesihatan,dua minuman ni memang aku suggest.

Rasanya confirmlah pahitkan,and yes,aku boleh habiskan Signature O-matcha
MATCHA
O-Matcha Cappucino

0MATCHA
Signature O-Matcha

Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Cik Puan Blog dah merasa SIgnature O-Matcha dan berjaya menghabiskannya

Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Shave Ice - Uji Sunset

Unikkan nama dia...EH...mabless sangat tau Shave Ice ni..Boleh makan 2-3 orang.Puas hati sangat makan.Terdapat dua jenis Shaved ice ni iaitu Sunrise dan Sunset cuma bezanya pada topping je,seperti biasa satu krimer dan satu lagi brown suger...Dalam Shave ice ni ada mochi dan juga kacang merah..

Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Ketiga-tiganya aku bagi 5 bintang



Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
O-Matcha Roll Cake
Rasa not bad,ada creamer dan Read bean.Rasa sedap bila diadun menjadi cake ni tau.
Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Dark Choclate Chiffon Cake
Memang tak manis sangat,tapi pada korang yang nak rasa manis,bolehlah tambahkan dengan Coklat cair yang diberikan set dengan Dark Choclate CHiffon cake ni.

Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Warabimochi
Aku paling suka dengan dish ni tau.Macam tepung gomak,tapi dalamnya tu sejuk tau.Nak kata jelly pun ye jugak..hah..macam tulah.Tapi akan ada rasa Red Bean dalam Warabimochi ni


Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Di antara rakan blogger yang join makan di TSUJIRI MOUNT AUSTIN iaitu mar dan Juju
HALAL  certified 

Walaupun masih tidak dapat lagi Sijil Halal dari JAKIM,akan tetapi bahan yang digunakan adalah bebas dari dogmatic grounds...So terpulang pada korang nak menilai.
Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Suasana di TSUJIRI Mount Austin
Korang boleh pilih tempat samada nak makan di dalam atau di luar.Kami memilih untuk makan di dalam sebab ada air cond.Jadi anak pun tak meragam...

Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Antara koleksi yang korang boleh dapatkan di TSUJIRI


Tsujiri Austin JB menyediakan O-Matcha yang sedap
Sebelum balik,haruslah kami bergambar dengan Mr.Alex ni dan juga sebahagian dari ahli JDT Blogger.
Kalau korang nak dapatkan atau nak merasa  Dish yang berunsurkan Matcha ni,korang boleh pergi ke Outlet  TSUJIRI Johor Bahru di Mount Austin.
Untuk maklumat lanjut adalah seperti dibawah ni

Facebook : TsujiriJB
Instagram : @tsujiriaustin
Website :www.tsujiri.my
Add : 29, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor


Kalau korang tak tau kat mana lokasi,aku sediakan lokasi maps untuk korang seperti dibawah
                                          

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

19 comments:

  1. 1st time Sal tau O-Matcha...green tea lak tu...sure sedap ni...teringin la pulak

    ReplyDelete
  2. First dengar dan tahu O Matcha ni.nampak menarik deko padanya walaupun simple..tapi yg penting rasanya mesti sedapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..betul tu....rasa sedap tau..sure nak tambah

      Delete
  3. Semua berasas Green Tea. bagus untuk kesihatan ni.
    Nanti bole Sis bawak Suami, sebab dia suka Green Tea ..

    ReplyDelete
  4. hamboiiii kemain sedap lagi dia tunggak mngkuk hahaha

    ReplyDelete
  5. bestnya kak eda.. dilah ni suka green tea jugak.. walaupun pahit2 tp best.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..sedap dilah...cubalah ke sini nanti

      Delete
  6. Marsha peminat matcha....lepas ni boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tau..dekat KL pun ada ni ..cari je TSUJIRI

      Delete
  7. Peminat green tea wajib ke sini ni. Macam2 menu dari green tea ada. Yg penting halal.

    ReplyDelete
  8. Sukanya tengok semua menu green tea je kan. Halal dan sedap plak tu. Menu tu pelbagai macam dah tahu nak order mana satu.

    ReplyDelete
  9. Menarik, lain dari yang lain kan..

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap. Semua menu berasaskan green tea ye.

    ReplyDelete
  11. semua menu macam pelik-pelik..macam best untuk mencuba kan

    ReplyDelete
  12. semua tema Green Tea... sedapnyaaaa..

    ReplyDelete



Post Top Ad