Playground Slide untuk si Naura Auni - Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com - Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Wednesday, June 27, 2018

Playground Slide untuk si Naura Auni

Assalamualaikum
Playground Slide untuk si Naura Auni | Macam-macam benda yang umi buat untuk dia bagi memastikan dia tidak tertumpu kepada satu permainan sahaja.Mungkin orang kata aku manjakan anak,tapi itu bukanlah satu perkara yang aku rasa aku terlalu manjakan dia.


Kenapa aku perlu belikan ini untuk dia? Supaya dia tak bosan,supaya dia sentiasa ada aktiviti yang dia boleh buat selepas balik dari taska.Hanya orang yang ada anak sorang je yang akan faham kenapa.Si Naura ni pulak dia suka sangat dengan gadget,memang pantang kalau umi dengan babah pegang,dia pun nak ada sama.Walaupun tak pegang pun,dia still akan mintak dari aku.So,untuk avoid dia gila gadget,aku beli untuk dia mainan yang boleh buat dia selalu bergerak.

Separuh dari duit raya dia tu aku belikan dia mainan ni.Kalau ikut dari apa yang aku baca di satu blog ni,permainan gelongsor ni pun menjadi salah satu mainan yang boleh memberikan banyak gerakkan di mana ia bagus untuk menggalakkan pembangunan sentuhan.

KENAPA AKU BELI PLAYGROUND SLIDE UNTUK NAURA

Sebenarnya ada je kelebihan setiap satu mainan tu untuk anak-anak kita.Di luar sana,atau di online shopping ,banyak je mini playground yang boleh kita beli dan wujudkan untuk anak-anak kita.Anak zaman kita tak sama dengan anak zaman dulu.sangat tak sama,bila dah parents ni bekerja,lagi pulak masa cuti tak sama,bila masa kami ada masa nak keluar bawa anak main playground.Bukan tak pernah bawak ler,tapi masa tu terhad.ini bukan alasan,tapi realiti weh..Bukan setiap hari boleh bawak diorang ke playground.Bukan setiap minggu pun kita boleh bawak anak ke sana jugak.Kat rumah pun boleh ada aktiviti yang kita boleh buat dengan dia.Asalkan ada masa nak beraktiviti dengan dia.Ok dah,malas nak ulas lanjut sebab i am not perfect parents,tapi nak jadi yang terbaik untuk  dia.Sebab tu sebelum membuat sesuatu,aku fikir dulu baik buruknya nak beli mainan untuk dia.

APA KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN GELONGSOR NI

Dunia kanak-kanak ni adalah dunia bermain bagi diorang.Walau takde mainan pun diorang boleh create satu mainan..alah...macam korang tak pernah jadi budak-budak kan.Kadang-kadang tudung saji mak ko tu ko boleh buat macam ninja turtle.Takpun jadi skirt...hahahaha...Ada beberapa kelebihan kanak-kanak bermain gelongsor iaitu
  • Untuk menggalakkan pembangunan sentuhan bayi,supaya bayi bermain pelbagai jenis slaid dalam proses,mengalami sentuhan berbeza,untuk menggalakkan pembangunan sentuhan.
  • Slaid adalah bayi "kelajuan" perasaan awal.Panjang berbeza,cerun slaind untuk bayi membawa kepada pengalaman kelajuan yang berbeza.
  • Melaksanakan penyelarasan dan meningkatkan kawalan fizikal.Dari proses slaid,bayi perlu menguasai kira-kira  dan kelajuan mereka sendiri.
  • Keseimbangan badan apabila mereka bermain  dalam keupayaan Olahraga mereka.

sumber :http://my.kaidiplay.com



So,order tak sampai seminggu,barang dah sampai.Aku beli dari Shopee.Korang kalau nak beli,ada je yang lebih murah dari ni,kena pandai cari.Cuma yang aku rasa , slide ni sesuai untuk Naura dengan ketinggian slider ni adalam 80cm.Paling murah yang aku tengok adalah Rm89 tak silap aku.Cuma ketinggian tak samalah.Kita beli ikut kemampuan.Beli yang boleh manfaatkan dia.Jangan kata aku show off ye.Sebab aku beli ni pun guna duit raya dia.MUNGKIN ADA ORANG KATA LEBIH BAIK MENABUNG DARI BELI BENDA TAK BERFAEDAH NI.Please....Ikut masing-masing.Kalau kita sebagai orang dewasa bila bekerja,nakkan reward untuk diri kita sendiri kan,So budak-budak tak pandai ke nak mintak reward untuk diri dia sendiri.So,tepuk dada tanyalah selera nak makan ape...hahahaha...


Memang benda ni dia tak boleh main lama,mybe dalam dua tahun je,lepas tu dia dah tak pandang dah permainan ni,of course tak perlu risau,korang boleh jual balik dengan harga yang berpatutan jugak kan.Biasalah,setiap permainan tu ada had umurnya.So takkanlah ianya boleh tahan sampai 10-20 tahun...


Mudah untuk di pasang.


Ikutkan aku nak letak di luar rumah,tetapi memandangkan tak selamat untuk aku tinggalkan dia bermain sorang-sorang kat luar,so aku letak dalam.Lagipun rumah tak siap lagi awning.Jadi kalau berhujan panas,cepatlah rosak kan.



Kotlah korang nak juga rewardkan untuk anak-anak,boleh la cari di Shopee...Sebelum beli,sila baca komen dari customer ye.Ianya boleh menentukan samada produk yang korang beli tu bagus atau tidak.



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

24 comments:

  1. comel kaler dan bentuknya. Bertambah ligat Naura main ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..dia suka dengan permainan baru dia ni

      Delete
  2. amboi..bestnya naura..xpyh g playground dah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. outdoor tu nak kena pegi jugak,cuma jarang lah dapat cik nor

      Delete
  3. Cantik la design dia kak eda.. best la naura ada slide baru.. hehe

    ReplyDelete
  4. seronoklaaa dia main2 dalam rumah.. parents nak kawal pun senang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..senang sikit mak dia nak buat kerja rumah

      Delete
  5. Baru terpikir nk beli utk ank. Duduk d apartment susah nk bwk main luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cari kat shopee,ada murah dan mahal...

      Delete
  6. alaa...tadi da taip...tetiba refresh...hahahaha...

    dalam reality show korea, return of superman, ayah diorang pun belikan gelongsor ni..seronok diorang main, budak2 kan mana boleh duduk diam..ada gelongsor, bole la jadi satu senaman untuk diorang..hihihi..

    alhamdulillah, berjaya taip sampai habis..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tu yang belikan dia..hahaha....ngada tau blog ni nak refresh je

      Delete
  7. Kalau rumah ana ada laman, lama dah belikan utk syafi. Memang plan lama nak beli kan utk dia.

    ReplyDelete
  8. bestlah dapat main slide yer....menarik juga ni..boleh buat small playground bagi yang ada kawasan laman rumah luas sikit kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la untuk space yang kecik...kat rumah tak banyak sangat perabot,so boleh la letak kat dalam

      Delete
  9. Wah..ingat main je la ni nanti.senang main dalam rumah je tak payah pergi playground luar

    ReplyDelete
  10. Comellaaaa..nak beli jugaalah buat cucu hahahaha

    ReplyDelete
  11. hari tu nyaris2 nak terbeli... pastu fikirkan xde space .. xjadi beli hahaa

    ReplyDelete
  12. wahhh. comel. pink purple.. suka dia ye. hehe

    ReplyDelete



Post Top Ad