Makan Seafood Sepuas Hati di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru | Siapa peminat seafood memang kekda rekemen korang untuk dinner di sini.Mana taknya, tengok sini seafood, tengok sana pun seafood, luar seafood, dalam pun seafood.Memang puas hati.
Bila lama tak pekena seafood segar macam ni, sekali sekala dengan kawan-kawan blogger makan-makan memang seronok.Sorang ambik tu, kita pun nak ambik, lama-lama semuanya nak rasa.Kalau tak rasa rugi pulak.Dah bayo memahal ko pandang je memang rugilah kan.
Ok apa kekda nak higlight, buffet dinner yang kekda ceritakan adalah SEAFOOD RENSATION DINNER BUFFET di Cafe BLD Renaissance Hotel Johor Bahru.Kekda rasa kalau dikira semua menu yang ada mahu lebih dari 300 menu yang disediakan.Nak tau tak menu-menu yang disediakan sepanjang bulan April, May dan June ni? hah jomlah kekda listkan serba sedikit
SEAFOOD RENSATION DINNER BUFFET
Seafood On Ice
Oyster, Snow Crab, Premium Mussel, Chilled Prawn dan Hokkaido Scallop
Oyster, Snow Crab, Premium Mussel, Chilled Prawn dan Hokkaido Scallop
Berempah & Celup Tepung
River prawn, berempah, Sea prawn, squid, whole fish, keropok lekor
Western
Whole fish seabass/red snapper,chicken percik, black pepper lamb shoulder.Pan seared fish with Almandine Sauce.Gochujang chicken thigh, Prawn with lemon garlic sauce
Asian Cuisine
Turmeric Fried chicken with onion chili, Seafood Nyonya sauce, Masak lemak smooked beef, steamed fragrant rice.
Chinese Cuisine
Steamed Fish fillet with supreme and shallot oil, prawn salted egg, stir-fried mixed vegetable with brocoli and seafood fried rice
Banyak lagi sebenarnya yang kekda nak senaraikan, mau lenguh tangan ni, ada juga indian cuisin, dan stall dibahagian luar cafe ni ada juga Yong Tau foo, Oyster omelette, Shell on fire, Gala Seafood Tomyum.Memang kalau sebut ni, air liur rasa nak meleleh pun ada nko.Tu belum kekda sebut pasal dessert tau.Kekda paling suka dessert kat sini, meriah betul, belum lagi buah-buahan, minuman dan yang paling best aiskrim dia tu.Sedap weh!
Jadinya taknak membazirkan air liur kekda ni, apa kata korang terus je booking untuk rasai kenikmatan Seafood Rensation Dinner buffet ni selagi ada masa ni.Dia sampai hujung bulan enam je ni tau.Tak booking awal memang rugilah korang
Lepas makan-makan jangan terus balik, chill dulu makan aiskrim dan dessert, lepas tu baru mengopi.Itu paling best bila makan dengan kawan-kawan ni.Yelah, nak jumpa kemain payah, bila dapat makan dinner buffet ni yang kata diet pun tak jadi nak diet.Tak kisah! diet tu tolak tepi dulu.Yang penting perut perlu diisi dengan secukupnya.
CARA NAK BOOKING SEAFOOD RENSATION DINNER BUFFET
Sebelum tu kekda bagitau dulu, harga, masa dan bila ianya bermula ye.
Sepanjang bulan April, May dan June
Hari : Jumaat dan Sabtu
Masa : 6.30 pm
HARGA DINNER BUFFET
MYR 188 nett per adult
MYR 94 nett for children aged 6 to 12 years old
35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
📲 wa.me/60177713327
🔗 bit.ly/TableAppCafeBLD
Untuk tengok banyak lagi gambar menu yang kekda dah snap korang boleh terjah kat page kekda ye
tekan je page kat sidebar tu tau..