MAKAN RAW BEEF DI TORAMARU WAGYU YAKINIKU TAMAN MELODIES JOHOR | Ini kali ketiga seingat kekda makan wagyu di sekitar Johor ni.Tapi setiap tempat ada kelainan masing-masing yang kekda perhatikan la.Dari segi persembahan makanan, rasa dan juga menu yang dihidangkan tu.
Baru-baru ni kekda ke Toramaru Wagu Yakiniku yang terletak di Taman Melodies Johor Bahru.Antara port daging Wagyu terbaik di Johor Bahru ye.Jadi korang kena bookmark tempat ni.Next time boleh datang sini dan bawa rakan atau family korang untuk merasai kenikmati daging wagyu yang sedap.
Diorang menyediakan daging wagyu A5 yang tentunya berlainan rasanya dengan daging biasa yang kita selalu makan tu.
Kalau korang tak tau apa beza Daging Wagyu A5 dengan daging biasa, meh kekda share sedikit apa special nya daging wagyu A5 ni dan kenapa dia agak mahal dari daging biasa.
APA ITU WAGYU
Wagyu tu bermaksud lembu jepun.Dikenali kerana tekstur lembut dan marbling yang sangat tinggi.Dagingnya sangat juicy dan cair di mulut ye.Tak perlu kunyah beria macam daging biasa.
MAKSUD A5
Maksud A5 tu pula ialah sistem gred di Jepun yang menggunakan huruf dan nombor contohnya
Gred A - maksudnya, Hasil daging tertinggi dari segi kuantiti(yield grade paling banyak daging berkualiti dari seekor lembu
Gred 5 - Kualiti tertinggi dari segi Marbling, warna, tekstur dan kilauan lemak dikira dari skala 1-5
Sebab tu bila korang makan daging wagyu, korang akan nampak marbling pada daging tu.Nampak macam lawo je tau.Warna pun tak macam daging yang ada kat malaysia ni
Toramaru Wagyu Yakiniku ni, korang boleh menikmati pengalaman grill gaya asli jepun dengan pilihan daging wagyu yang dipotong segar setiap hari.Setiap hirisan wagyu lembut, berjus dan cair di mulut sesuailah untuk menghargai rasa yang premium tu.
Kali pertama kekda makan raw beef di sini, masa pertama kali dia balut raw beef tu dengan seawed tu, kekda dah seram nak makan,Yelah kita pun tau kan, bila lembu ni akan ada bau yang kurang enak kalau tak dimasak.Berlainan pula dengan daging wagyu ni, walau belum dimasak, memang takde bauan dan rasa yang pelik ye. Sedap sampai berkali-kali repeat makan raw beef tu.
Lepas tu pertama kali juga kekda cuba untuk makan lidah lembu.Haduiii!! selama ni kalau boleh nak elak makan lidah lembu weh.Tapi lidah lembu wagyu ni memang korang kena cuba.Tapi itulah kali pertama dan kali terakhir kekda cuba.Sebab ghisau terbayang lidah lembu tu haish!! hahah
Nama menu ni ialah Thin Slices tongue.Nanti korang boleh order menu ni kalau korang makan kat sini tau.
Toramaru wagyu Yakiniku ni menawarkan pelbagai pilihan set, dari lunch set,combo, Family platter wagyu sampailah ke ala carte.Korang boleh je.Tapi yang platter ni memang wajib untuk korang order tau
![]() |
TORAMARU PREMIUM PLATE Kalau korang makan dalam 5 orang, memang cukuplah kot.Tapi kalau korang order plate ni je, memang kena tambah lagi la jawabnya. |
![]() |
KARUBI SOUP Karubi soup ni memang paling kekda rekemen tau.Ni kalau makan sorang je pun puas hati weh. |
Antara geng makan wagyu hari tu.Semua tak sabar nak cuba menu-menu atas meja tu tau.
Staff kat situ tolong grill kan untuk kitorang.Jadi kitorang tunggu siap dan makan je sambil potpet potpet.
kalau ada family members korang yang tak makan wagyu, boleh je korang order seafood yang ada di dalam menu list tu.
Restoran ni terletak di lokasi yang sangat mudah di akses iaitu 5 minit dari KSL City Mall dan tidak jauh dari Mid Valley Southkey JB.So, senanglah kalau korang nak kemana-mana kan.
Nak rasai sendiri keenakan wagyu yakiniku terbaik di Johor Bahru? Jangan tunggu lama! Buat tempahan awal untuk elak kekecewaan, terutamanya hujung minggu.
📍 Taman Pelangi, JB🕛 12pm-2.30pm (Lunch) 6pm-11pm (Dinner), Closed on Tuesdays🍽️ No Pork, No Lard195 Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru 80400
Nak tengok banyak lagi gambar, boleh terjah social media kekda di bawah ni
Instagram : Sitirohaida_yusofFacebook : KisahsidairydotcomTiktok : Kekda_Official
📍 Taman Pelangi, JB
🕛 12pm-2.30pm (Lunch) 6pm-11pm (Dinner), Closed on Tuesdays
🍽️ No Pork, No Lard
195 Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru 80400
Nak tengok banyak lagi gambar, boleh terjah social media kekda di bawah ni
Instagram : Sitirohaida_yusof
Facebook : Kisahsidairydotcom
Tiktok : Kekda_Official
Jom pi makan lidah lagi hahahahaha
ReplyDelete