TAMAT SUDAH PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BAGI TAHUN 2025 SEKOLAH KAKAK | Punya panjang umi nko bagi tajuk blog kan.haha, yang penting orang tau apa isi dalam entry ni.Setiap tahun tertunggu-tunggu aktiviti perkhemahan unit beruniform ni kan.
Memandangkan ini tahun pertama bagi adik dan tahun kedua bagi kakak, jadi masing-masing excited.Tapi disebalik cerita perkhemahan tu ada sebenarnya.
![]() |
kakak dengan kawan-kawan satu kem |
Memandangkan juga tahun ni kakak sibuk dengan aktiviti sukan mewakili MSSD dan silat, jadi umi nak rehatkan dia dari aktiviti perkhemahan dan adik sahaja menyertainya.Tetapi semuanya Allah dah aturkan, khamis sebelum perkhemahan, adik demam.Memang tak boleh join camping tahun ni.Walaupun berkeras jugak nak pergi, umi ni takutlah kang tengah cuaca panas macam ni akan memburukkan lagi kesihatan dia.
Jadi, kakaklah sebagai gantinya.Memang dah siap semua persiapan untuk adik masa tu.Tapi nak buat macam mana kan, dah tak sihat macam tu.Risau jadi teruk pulak.Jadi kakak jelah gantikan tempat dia tu.
Kakak sukalah dapat ganti adik.Kesian kat adik tak dapat rasa pengalaman pertama perkhemahan.Takpelah dik, kita tunggu tahun depan pulak.Umi hantar kakak ngan adik ke sana pulak ye.
Tahun ni umi join aktiviti bersama ibubapa.Walaupun taklah seberapa nak bersama tu, tapi tetaplah seronok sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan kakak malam tu.Dapat tengok persembahan dari unit-unit beruniform.