MAKAN-MAKAN DINNER BUFFET DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU | Macam dah lama je Kekda tak makan-makan dengan kawan-kawan blogger kekda kan.Yelah memasing sibuk dengan life memasing kan.Jadi bila lama tak jumpa tu, kami decide jumpa untuk makan-makan di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru.
Kami ambil Dinner buffet weekend sebab bila ambil dinner weekend, menu dia best-best sikit.hahah.Lagipun sekarang Renaissance Johor Bahru ada Tema Renaissance Kitchen Dinner Buffet.Macam-macam menu dari pelbagai Negeri disediakan,bukan takat Negeri, Negara pun ada wak! Tapi still ikut selera tekak melayu macam kekda ni.
Meh kekda cerita apa yang best bila makan weekend dinner buffet kat Renaissance Johor Bahru ni.Tak silap kekda, menu yang disediakan lebih dari 200 menu tau.Ke lebih, rasanya lebih la kot.Maaflah kalau dah nampak makanan ni memang tak kira menu dah.Kira mata nak ke arah mana dulu nak ambil makanan.
Specialnya Sepanjang tiga bulan bermula Julai, ogos dan September ni, korang akan jumpa nasi kandar, Beryani buluh dan banyak lagi menu-menu yang sedap macam kekda makan hari tu.
Nasi kandar kat sini memang korang kena try.Sedap weh kuah dia tu.Dah tak payah nak terbang ke Penang untuk makan nasi kandar.Makan je kat Renaissance JB ni sebab bukan nasi kandar je korang boleh makan, malah Seafood on ice, Sushi style melayu. salad, sup tulang,Laksa Johor, laksa Sarawak, Mee goreng mamak, char kuey teow semua ada.
Korang tak pernah jumpa lagi kan pulut dalam bentuk sushi macam ni,Hah ni kat Renaissance Johor Bahru je ada.Sedap weh combination macam ni.Nasib baik kekda nak try makanan lain lagi, kalau tak dah lama nak ambil sekali dulang tu
Korang tak percaya, boleh tengok gambar-gambar yang kekda dah ambil buat tatapan korang di page kekda di bawah ni.
WEEKEND BUFFET DINNER Renaissance Johor Bahru Hotel



