Bila Dah Lama Tak Update Blog | Kalau dulu sehari 4-5 entry pun boleh layan lagi.Tapi sejak-sejak ni mood tu dah berkurangan.Sejak adanya banyak platform sosial media yang wujud, jadi keterujaan untuk update blog tu dah berkurangan.
Tapi jiwa ni memberontak nak berceloteh dekat blog kesayangan kekda.Bermula dari takde anak, sampailah anak sulung kekda dah 11 tahun.Dan bermula dari review produk-produk kecil sampailah ke besar.
Pernah berada dalam platform blogspot ke wordpress dan kembali kepada blogspot semula.Korang boleh baca entry bertukar kepada blogspot semula tu.Kekda ada cerita kenapa kekda terpaksa untuk bertukar kepada blogspot kembali.
Kadang-kadang kita perlu jugak melepaskan apa yang kita sayang.Tak boleh bergantung kepada apa yang kita suka.Sebab ia lebih baik dilepaskan walaupun kita rasa sayang.
Sekarang banyak masa tertumpu kepada menjadi affiliate di tiktok sahaja sebab disitu kekda meraih pendapatan sejak berhenti kerja 3 tahun yang lalu.Itupun kalau tak silap kekda la 3 tahun lalu..Macam dah lupa pulak bila berhenti kerja weh
Masih lagi menerima produk review, food review.Kekda suka pegi food review, sebab kat situ boleh jumpa kawan-kawan luar.Biasalah kan bila jadi suri rumah sepenuh masa ni, kurang bersosial.Jadi kat situlah dapat releasekan otak.Suri rumah pun kena ada masa untuk keluar dengan kawan-kawan kan.
oh ya bercerita pasal blog, lama jugakkan tak cerita pasal Pageview ni.Kalau dulu Pageview kekda hampir 10-20k sehari.Ada masa jugak hanya 5k je sehari.Tapi macam biasa bila dah berkurang update maka berkuranganlah pv tu.
Alhamdulillah nampaknya makin naik kekda punya pageview.Hati ni meronta-ronta betul nak update blog.Bukan takde cerita yang nak diceritkan, tapi tulah bila kekadang penyakit M tu bertandang memang susah.
Semoga lepas ni kekda semakin rajinlah update blog.Kalau dulu adsense meriah tapi sekarang sehari 1 hingga 5 sen je weh.hahah teruk bebeno ek


Tahniah, masih tinggi pv hariannya
ReplyDeleteKan... Samalah dengan LeYa. Padahal ada je cerita yang nak dikongsikan. Tapi penyakit "M" tu kuat sangat... Jadi malas nak update. Hahahaha...
ReplyDelete