Makan Makan Buffet Dinner Citarasa Satu Malaysia di Renaissance Johor Bahru Hotel | Selalu Kekda bawak korang untuk makan-makan western, pastu pusing satu dunia kan.Kali ni kekda bawak korang pusing-pusing satu Malaysia tapi hanya di satu tempat je.Hah! Jimat masa, jimat duit.
![]() |
| Bersama geng makana-makan.Tengok Durian tu rasa tak nak terkam yang tu dulu.Tapi rugi pulak kalau terkam durian dulu.hahaha |
Kali ni Kekda bawa tak jauh pun, Renaissance Johor Bahru Hotel je korang.Bagi korang yang duduk di Jaybee ni, ataupun yang berhampiran, ataupun korang yang sedang bercuti ke Johor Bahru tu, hah!! korang wajib datang makan malam di Hotel ni .Kali ni Renaissance Johor Bahru Hotel menampilkan Tema menu-menu mereka "DISCOVER THE FLAVOURS OF MALAYSIA".Banyaklah menu-menu yang disediakan dari pelbagai Negeri hanya di satu tempat je.
Dari 1 July hingga 30 September pada Jumaat dan Sabtu korang boleh bawa rakan-rakan dan keluarga untuk dinner kat sini.Lebih dari 300 menu yang disediakan yang penting confirm tak menghampakan.
Antara menu yang dihidangkan oleh Chef-chef hebat Renaissance Hotel ialah Mee rebus daging tetel, kacang pool, Daging masak lemak cili padi dan Ayam Kuzi with Roti Jala.Selain itu Hinava Ikan Tenggiri dan Sinalau Sapi Sabah.Nasi Dagang Kelantan dengan gulai tongkol dan daging kerutuk pun ada.Sempatlah kekda jamah sikit Nasi Dagang tu! Sedap daging kerutuk tu.
Ada juga Gulai ikan Tenggiri dan Laksa Telok Kechai tau.
Kacang pool dia sedap tau.Kalau korang datang sini jangan tak cuba pulak kacang pool tu.Ada juga udang galah sebesar tapak tangan kekda tu.Hah tu memang wajib ambil la kan.Selain tu, korang yang nak makan sup-sup , sate semuanya ada ye.
Krismas yang akan datang ni di Renaissance Johor Bahru Hotel
📍Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel
🗓️24 Disember 2025
⏰6.30pm to 10.00pm
💳RM208 per nett
📱wa.me/60177713327
📱bit.ly/7RoomsCafeBLD
cafebld.com
#Dinnerbuffet #RenaissanceJohorBahru
#foodiejohor #makanbestjohor #renhotels #kisahsidairydotcom







Puas berbaloi baloi makan sini kann.. menu dia banyak betul! memang meresappp jiwaaaa ,...
ReplyDelete