Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya | Kalau dulu CAFE ROTI RENTUNG ni hanya ada di Kong Kong,sekarang ada di Layangkasa tu je.Jadi bila lalu lalang kat situ, ternampak cafe Roti Rentung terus ajak babah singgah makan kat sini.
Kedainya, kalau korang jalan belah belakang tu sikit, kalau nampak kedai dua ringgit di Layangkasa tu, hah, cafe ni di belakangnya.
Umi order signature mereka iaitu Roti rentung Kacang Pool.Roti tu diorang buat sendiri tau.Lembut dan menepati citarasa kekda.Kena pulak dengan kuah kacang pool tu lagilah sedap.Berkenan betul kekda dengan roti dia tu.Takdelah rasa rentung yang memang rentung, faham tak..hahaha..Alaa susah la nak describe kat korang.Kalau korang nak tahu pi ler terjah roti rentung kat sana tu.hahah
Selain dari roti rentung ni, masakkan lain pun ada je.Ada steak, ada goreng-goreng dan macam-macam lagi.Minuman pun macam-macam jugaklah.Tapi tak ingat pulak kekda nak ambil gambar tu semua.
Roti Rentung Steak House
Sedap Nampak! Boleh try Nanti!
ReplyDeleteNanti bolehlah try sini.. Laki aku suka laa menu gini
ReplyDelete