Pertama Kali Join Group Tadabbur BersamaUstazah Wan Jah | Sejak diperkenalkan dengan kelas Tadabbur oleh kawan kekda, rasa seronok pulak nak join walaupun tengok di tiktok.
Belum ada rezeki sebelum tu nak join secara bersemuka walaupun hanya di sekitar JB ni je.Yelah kekangan masa menguruskan anak, memang tak sempat nak keluar luar kwasan Pasir Gudang ni.
Sebab tu kekda join secara online je.Tapi masa tu bila kelas Tadabbur sangat dekat dengan rumah, iaitu di rumah Sis Lin, jadi kekda ambil kesempatan untuk hadir kesana.
Betapa seronoknya dapat bertadabbur dengan Ustazah Wan Jah yang hebat dalam berkata-berkata tentang al-quran.Bila dia bercerita tentang al quran ni macam kita bersembang antara kita je.Tak bosan langsung.
Lepas tu, terjumpalah rakan-rakan baru yang baya-baya mak kita tu semua, peramah sungguh memasing.Jumpa pulak dekat kelas-kelas agama yang lain.Seronok rasanya.
Balik dari Tadabbur umah Sis Lin, jumpalah sorang kawan yang berdekatan rumah kekda tu.Di ajaknya kekda ke kelas-kelas agama di sekitar Pasir Gudang ni.Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak ke kelas agama bila dah berhenti kerja.Nanti kekda cerita pasal dia ek.Sepanjang kenal ngan dia, tak berselfie pun dengan dia.Dalam ni takde orangnya, balik awal sebab nak ambil anak sekolah pulak.