KAKAK TEMPAT KEDUA DALAM KEJUARAAN PENCAK SILAT ANJURAN PESAKA JOHOR BAHRU | Actually ni kali kedua kakak masuk game olahraga silat ni.Yang pertama di Aeon Bandar Dato Onn awal tahun hari tu dan kali kedua di Dewan Serbaguna Taman Mawar Pasir Gudang.
Game yang pertama tu memang tak menang pape, yelah baru pertama kali masukkan, jadi kekda tak letak high expectation dia akan menang.Cuma umi nak dia rasa pengalaman untuk hadap lawan je dalam game.Lama-lama dia dah dapat pace macam mana nak hadap lawan semasa dalam pertandingan.
Semua tu memerlukan kemahiran, jadi kalau dia tak masuk pertandingan dia takkan tahu macam mana nak hadapi musuh.Betul tak.
Kali ni kekda rasa kakak dah dapat tahu cara berdepan dengan lawan dia.Game ni berlangsung bermula dari 14 sehingga 17 September 2025 bertempat di Dewan Muafakat Taman Mawar Pasir Gudang Johor.
![]() |
Seawal pagi mereka yang masuk pertandingan akan buat sesi panaskan badan.Ni antara anak-anak yang masuk pertandingan pada game kali ni |
Pada 14 Sept diadakan aktiviti berat badan.Actually sebelum game tu memang diorang akan suruh pesilat untuk timbang berat badan.Dan itu adalah kritieria pemilihan kategori mengikut berat badan,
So pada 15hb tu dah start, seawal 7.30 pagi lagi kekda dah terpacak kat sana.Sebagai setiausaha dan ajk untuk Kelab Taron Legasi Fighter tu, kekda memang ditugaskan untuk pastikan tempat dan barang-barang mencukupi.Kami pagi-pagi lagi ada yang dah siapkan tempat untuk kami, ada juga sediakan makanan dan masing-masing memang ada tugasan masing-masing.
Hari pertama tu nama kakak memang tak masuk, tapi pada hari kedua, nama kakak naik untuk terus ke semi final.Alhamdulillah, kerja keras dia selama ni melayakkan dia ke final