BBQ Pertama Kelab Taron Legasi Fighter | Sejak penubuhan yang melibatkan ibubapa dalam kelab, tak pernah lagi buat makan-makan mcam ni.Jadi selepas tertubuhnya kelab olahraga silat yang melibatkan ramai ibubapa ni, inilah kali pertama kami buat makan-makan.
Actually Kelab Taron Legasi Fighter ni adalah sebuah kelab olahraga pencak silat.Kalau dulu tidak melibatkan ibubapa dalam pengurusan.Tapi sejak dah ada pengurusan ni, banyaklah aktiviti yang nak dijalankan oleh kelab ni.
Sebelum ni kekda memang hanya hantar dan ambil je anak untuk latihan silat dan tak pernah pun join mana-mana game memandangkan si kakak tu baru je berjinak-jinak dengan silat setahun yang lepas.
Lepas 1st game dia tu barulah umi join mak ayah yang selalu hantar anak ke game ni tau.Nak hantar anak masuk game ni bukan hantar je, kena juga uruskan mereka dari A-Z.Kena pulak tunggu dari pagi hingga malam.Bukan sehari ye game tu, mengambil masa selama 3 hari untuk satu game.
Yang pernah hantar anak ke game je tau macam mana pengurusannya.Setelah tu, Presiden kepada kelab silat tu bertukar dan dia sepakat untuk berjumpa ibu bapa anak-anak silat yang terlibat untuk membantu dalam pengurusan.Membina satu kelab olahraga silat yang baru.So, bagi kekda yang tak bekerja ni, boleh la join sekali pengurusan kelab ni.
Diamanahkan menjadi salah seorang orang yang bertanggungjawab mengurus selia kelab tu satu tugas yang bukan mudah tapi kekda mencuba.Dengan sokongan ahli-ahli lain memang kekda rasa seronok sebab mereka ni sangat-sangat membantu.Bukan dari segi tenaga je, malahan wang ringgit.Tidak kedekut dan sentiasa ada ketika memerlukan.
Jemput like page kami : https://www.facebook.com/TaronLegasiFighter/
Pertama kali kami buat makan-makan, tiada sponsor besar yang menaja kami, tapi kami tetap bersyukur ada ibubapa yang sama-sama menyumbang serba sedikit makanan untuk malam tu.
Syukur juga ramai coach remaja dan anak-anak yang lain yang ringan tulang, tolong ibubapa untuk menjayakan majlis makan-makan bersama ibubapa.
Majlis tu sebenarnya bertujuan, mengenal ibubapa, mengenal siapa yang menguruskan anak-anak semasa mereka dalam latihan.Yelah, ibubapa juga perlu tahu kan siapa yang menjadi tulang belakang sesebuah kelab.
Kami tak ramai, tapi sepakat.Syukur alhamdulillah.
Ni antara orang kuat yang datang untuk bergotong royong menyiapkan menu untuk malam tu.Menu kami tidaklah banyak.Menu yang kami sediakan tu nasi goreng, ayam bbq, sausej dan adalah menu-menu lain.Tapi malam tu, masyallah meriah sungguh ye dengan makanan-makanan yang ibubapa bawak.
Melimpah ruah rezeki yang datang malam tu tau.Itu tak termasuk lagi menu berat kami tu