Makan Buffet Dinner di Renaissance Johor Bahru Hotel Dengan Geng Makan-Makan | Selalunya bila masa-masa macam nilah dapat berbual dengan geng-geng makan.Yelah, kalau hari biasa tu memang selalunya sibuk.Ajak mengopi semua pun payah nak ada masa memandangkan masing-masing ada yang perlu diuruskan.
![]() |
| Bersama geng mak-mak dan geng makan-makan.Ramai lagi tu yang tak dapat join |
Tapi sesekali geng makan di berkumpul, jangan tanya kenapa kami makan banyak.Dah nama buffet dinner kan, kalau makan sepinggan taklah dinamakan buffet.Baik makan ala carte.Bagi kekda kalau berkumpul macam ni sesekali lebih suka buffet dari ala carte.Lagi panjang bercerita.Lagi banyaklah pinggan bertukar pinggan.Bila orang ni cuba, orang ni pun akan cuba, baru lepas yang ni, diajaknya kita makan dessert, mengopi, mendurian dan banyak lagi men yang ada.hahahha
Kali ni kami makan buffet dinner di Renaissance Johor Bahru Hotel lagi ye.Selalunya mereka akan buat buffet dinner tiga bulan sekali setiap Jumaat dan Sabtu.Actually hari-hari pun adalah cuma tak semeriah hari Jumaat dan Sabtu.
Barulah korang boleh merasai pelbagai jenis makanan kaum di Malaysia.Bukan tu je, masakkan western, jepun semuanya ada.Yang kekda suka bila makan seafood on ice dia.Besar dan segar ye seafood kat sini.
Tu belum lagi bakar-bakar kat luar tu korang, ada udang galah, oyster, tempe, dan banyak lagi lah.Silalah terjah page kekda tu sebab kalau nak disebut kat blog ni memang tak cukup 1000 patah perkataan nanti.Jadinya kalau korang nak tengok gambar makanan yang kekda sempat snap, korang pegilah terjah page kekda tu.Nanti keda tepeklah link dia kat bawah entry ni.
Untuk REN FESTIVE DINNER BUFFET berlangsung selama tiga bulan bermula dari bulan ini sehingga ke bulan disember 2025.Tapi yang best kali ni ialah ada durian tau.Nasib baik jenis kekda ni tak berapa sangat durian,rugi kan? Kalau korang hantu makan durian, hantu makan dan sebagainya, silalah datang makan kat sini selagi durian tu tak habis musim lagi.So, sebelum tempahan sila alert la kot musim durian tu dah habis.Dah gitu cepat-cepatlah pi makan buffet kat Renaissance tu.Yang penting pegi Jumaat dan Sabtu kalau nak jumpa durian dan menu yang banyak ye.
Menu kat atas ni memang wajiblah kekda makan.Kalau boleh nak ulang-ulang makan banyak kali.
Takpe kalau korang nak makan banyak kali kan, nama pun buffet.So boleh ulang makan ikut selera tekak korang.
Tengok durian kuning dia tu mengancam betul kan.Memang membangkit selera betul kalau dapat durian macam ni.
![]() |
| Bukan cakap kosong ye udang galah ni besar. |







