Jom Makan Buffet dinner Sempena Cuti Krismas di Renaissance Johor Bahru | Kalau hari tu kekda ajak korang untuk makan dinner sempena Ren Festive Dinner Buffet, kali ni kekda nak ajak korang makan sempena cuti krismas pada 25 Disember 2025 akan datang.So, malam perayaan tu korang boleh bawak family and friends untuk makan-makan kat sini.
Untuk REN Christmas Eve Dinner Buffet ni hanya ada pada 24 Disember 2025 tau.Hari lain pun ada cuma menu lagi meriah la lagi.Kalau korang nak datang hari minggu pun boleh untuk Ren Festive Dinner Buffet.Yang ni khas untuk 24 Disember 2025.Faham dak? kalau tak faham nak lukis ni..heheh
Lebih 300++ lebih menu yang menanti korang tau.Jadi jangan lupa untuk kosongkan perut korang tu sebelum datang makan kat sini.Korang akan merasai menu chinese, indian, japanase, and macam-macam la.Memang meriah dengan menu-menu yang lain dari yang lain dari tangan chef terbaik disini.
Terdapat Hydrophonic salad, kat sini kalau korang nak makan salad-salad segar dengan sos-sos yang sedap tu memang wajib ye.Bukan tu je, Japanse counter dia pun meriah dengan Sashimi, Salmon Tataki, fish Ceviche dan banyak lagi la.
Ada juga Mexican Nachos yang perlu korang cuba.Kalau dibahagian dalam Cafe BLD ni memang meriah dengan makanan, tak lupa juga dibahagian luar yang kebanyakkannya menu bakar-bakar and live stall yang menyediakan menu seperti pasta, Rempah station pun meriah tau.Kalau nak makan udang galah goreng, paru goreng kenalah keluar sikit.Nachos pun ada dibahagian luar tu.
Kalau kekda nak senaraikan menu-menu yang ada kat Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel ni, memang panjang story dia.Jadi korang kena tengok menu-menu dekat page kekda.Kat situ memang banyak menu yang kekda letak.
Belum lagi kekda cerita tentang dessert yang disediakan kat sini, peminat dessert confirm tak lepaskan peluang untuk ambil semua jenis menu dessert tu
Meriah kan dessert sempena Krismas tu.Lepas tu dah boleh mengopi sambil makan aiskrim.Pendek kata kalau kat sini, semua menu yang terlintas kat kepala korang confirm ada.
Kekda dah cerita sampai sini dah, jadi cepat-cepat booking takut kang lambat korang tak dapat pulak korang nak makan-makan kat sini






