BUFFET RAMADHAN JOHOR DI GRAND PARAGON HOTEL JOHOR DENGAN MENU SANTAPAN RASA PARAGON | Pejam celik pejam celik kita dah pun hampir dengan bulan Ramadhan kan.Dan sudah semestinya pakej buffet ramadhan 2026 dah dibuka bagi mereka yang nak dapatkan Early Bird Voucher tu.
Bukan apa, bila beli awal ni boleh la dapat harga yang lebih murah dari harga biasa.Jadi memang kena alert dengan harga EARLY BIRD tu.Dan sekarang ni korang dah boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru tau.
Dengan Tema Santapan Rasa Paragon, mereka menyajikan lebih dari 100 jenis hidangan setiap hari merangkumi pelbagai pilihan pembuka selera, hidangan panas dan sejuk serta pencuci mulut.Bermula dari 20 Februari sehingga 19 Mac 2026 korang bakal dihidangkan variasi juadah masakan ala kampung dan fusion yang enak dan mengujakan sekali gus memberi kepuasan kepada korang yang datang berbuka puasa di Cafe Para Para Grand Paragon Hotel.
SANTAPAN RASA PARAGON BUFFET RAMADHAN JOHOR 2026
Antara Menu istimewa pada tahun ini ialah Kambing Panggang Kuzi bersama Nasi Kabsha dan Telur Rebus Safron, Siakap goreng sos Thai La Pad Prik dan Epal Asam Boi, Lamb chop Bakar sambal Getok Merah, Ketam Goreng Bercili, Ayam bawang goreng, Udang bakar cheese, Siput sedut lemak cili padi belimbing buluh, Kari kepala Ikan Kerala dan banyak lagi tau.
Selain hidangan utama, korang juga boleh nikmati bubur lambuk, satay ayam dan daging, Penang Char Kuey Teow Kerang, Sup utara berempah, Lok lok Melaka bersama sos kacang Nyonya, Piza Oriental, Shawarma Daging dan lain-lain lagi
PELBAGAI JENIS MINUMAN
Kalau tak pelbagai takdelah dipanggil buffet kan, banyak jenis minuman merangkumi pilihan menyegarkan seperti teh hijau thai bersama Jeli, air batu campur, Lai chee kang, Milo, Jus tembikai susu, yougurt anggur, air mata kucing serta minuman panas seperti teh tarik, kopi kampung, teh panas dan pelbagai minuman lagi
KEMUDAHAN SURAU
Bagi kemudahan surau, korang jangan risau kerana sepanjang bulan ramadhan nanti surau yang luas disediakan di Aras 3 bagi surau lelaki dan di Aras M bagi surau perempuan
PAKEJ BILIK EKSLUSIF RAMADAN
Grand Paragon Hotel Johor Bahru juga menawarkan :-
- Pakej bilik RM510.00 bersih - Penginapan di bilik Deluce 2 hari 1 malam termasuk buffet saraan atau sahur serta Bufet Ramadan Santapan Rasa Paragon Untuk 2 Dewasa
- Lanjutan Penginapan : RM240 bersih untuk 2 hari 1 malam ( Termasuk Buffet Sarapan atau sahur untuk 2 dewasa)
- Pakej bilik Ramadhan ini berlangsung dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026
- Harga tidak termasuk RM10.00 cukai perlancongan
HARGA BUFFET RAMADHAN GRAND PARAGON HOTEL JOHOR BAHRU 2026
Dewasa - RM160
Snr Citizen - RM115
Child - RM80
‼️EARLY BIRD VOUCHER RM130
(Purchase on or before 16 February 2026)
‼️Exclusive Offer RM115(adult)
👉🏼Dine on 1st week of Ramadhan(20-22 Feb 2026)
📍Cafe Para Para | Level G
🗓️20 Feb hingga 19 Mac 2026
⏰ 7pm to 10pm
📱 016-733 7363 | 607 268 5255
#buffetramadhanjohor2026 #buffetramadhan #buffetjohor #kisahsidairydotcom #JDTBlogger
Korang yang nak tengok pelbagai jenis menu yang disajikan boleh tengok di page kekda di bawah ni