LUMOS FLOAT 360° Projector: Pengalaman Home Cinema Sambil Berbaring | Tak pernah terfikir untuk memiliki sebarang projector sebelum ni sebab tau projector kalau di rumah, memerlukan laptop dan sebagainya kan.Jadi bila nak dapatkan satu projector yang sesuai untuk kegunaan dirumah rasa macam rugi pulak nak membeli.
Tapi selepas kekda berjumpa dengan LUMOS Float 360° ni, rasa lebih berbaloi sebab ciri-ciri yang ada padanya sangat berbaloi untuk kita miliki.Ia direka khas untuk gaya hidup moden, projector ni membolehkan kita untuk menonton didinding malah disiling juga tau.Sangat sesuailah untuk korang yang gemar menonton sambil baring di atas katil tu.
Dengan reka bentuk estetik, fungsi yang canggih dan harga yang jauh lebih mampu milik berbanding projector lain dipasaran, LUMOS FLOAT ni menjadi antara nini projector paling popular masa kini.
APA ITU LUMOS FLOAT 360°
Projek Rotasi 360° pertama untuk dinding dan siling.Ia dilengkapi dengan Skytrack gantung unik untuk pemasangan fdi atas katil atau dinding.Menjimatkan ruang sambil membolehkan kita menikmati rancangan dengan selesa di katil.Secara ringkasnya LUMOS FLOAT ni adalah home cinema projector yang dicipta untuk keluarga moden yang mahukan pengalaman menonton filem tanpa perlu ruang besar atau sistem yang rumit.Walaupun bersaiz kompak, ia datang dengan pelbagai ciri yang menjadikannya pilihan menarik untuk ditonton di rumah.
8 CIRI YANG TERDAPAT PADA LUMOS FLOAT 360°
1.Projektor 360° Pertama
Dengan LUMOS FLOAT ni kita boleh pancarkan skrin ke dinding atau siling dengan mudah tanpa perlu mengubah kedudukan projector.Ciri pembetulan keystone automatik terbina dalam membolehkan kita menikmati filem dengan selesa sambil berbaring.
Ia sangat fleksibel mengikut size dinding korang tau.Kalau kecil bahagian dinding korang, maka kecil sahaja size yang tertera.Jika ruang dinding korang luas, maka luaskan layar yang tertera didinding korang.Itu yang kekda suka tentang LUMOS FLOAT 360° ni.Untuk lebih details lagi projektor ni boleh sudut daripada dinding ke syiling.Jadi pengalaman baru bila tonton cerita di syiling rumah korang.
2.Boleh Digantung dengan Skytrack
Reka bentuk Kompak FLOAT(750g) dengan pendirian yang boleh digantung memudahkan pemasangan di mana-mana menggunakan cangkuk 3M.Lepas ni tak risau dinding korang rosak kerana ditebuk.Sangat-sangat praktikal terutama untuk rumah sewa atau ruang kecil di pangsapuri.
3.Nikmati Pengalaman Skin 150 Inchi
Isi seluruh dinding dengan skrin sehingga 150 inci berdasarkan dimensi bilik korang.Korang hanya memerlukan jarak kecil 1.5m sahaja untuk mempamerkan skrin besar 50 inci korang tu.
4.Kejernihan Visual yang Hebat
Walaupun bersaiz kecil, FLOAT ini dilengkapi dengan resolusi sokongan 1080p yang mengagumkan.Ini menjadikan FLOAT 225% lebih jelas daripada projektor standard lain yang ada di pasaran sana.
Korang juga boleh menikmati paparan sebesar sehingga 150 inci, lebih besar dari skrin tv besar di ruang tamu.Dah macam tengok movie dekat panggung wayang di rumah sendiri.
5.Dilengkapi dengan Netflix, Youtube,Wifi, Bluetooth dan Android OS.
Dengan LUMOS FLOAT ni tak perlu guna gadget yang lain, hanya perlu hidupkan projektor dan gunakannya untuk menonton video, filem dan rancangan kegemaran kita sepenuhnya.Tak perlu guna peranti yang lain.Cuma perlu plug dan Play sahaja.
Disamping itu ia menyokong :-
- Wi-fi dan Bluetooth
- Phone Casting
- HDMI, USB dan Port audio out untuk sambungan tambahan
6.Wireless Mirror Casting
Gunakan aplikasi cerminan skrin telefon untuk paparkan skrin telefon anda terus ke projektor dengan mudah. Nikmati main game, layan Instagram, TikTok dan Spotify di skrin besar tanpa perlu kabel.
7.Sistem Dua Speaker
Dengan sistem dua speaker FLOAT,ia menyampaikan bunyi sekitar yang memukau dan sinematik.Tak perlu speaker tambahan kerana speaker yang ada pun dah cukup untuk bunyi seperti dalam panggung wayang.
8.Brand Dipercayai
Sejak ia dilancarkan, siri Projektor LUMOS ni telah mendapat ulasan positif daripada pengguna di Malaysia termasuk ribuan ulasan 5 star
PENGALAMAN MENONTON SAMBIL BERBARING
Kebanyakkan projektor, ia hanya boleh terarah pada satu sudut sahaja kan, tapi dengan LUMOS FLOAT 360° ia boleh dipusingkan sepenhnya ke atas syiling jadi kita bolehla
- Baring atas katil sambil menonton dengan rileks
- Dapat elak sakit leher atau kepala kerana posisi menonton yang tidak sesuai
- Nikmati filem tanpa perlu bangun atau adjust tempat kita menonton
LUMOS FLOAT 360° Home Projector ni di datangkan dengan 3 warna iaitu Emas, Perak dan pink.Ia sangat ringan dan pastinya boleh bawa kemana-mana.Nak bawa balik kampung pun takde masalah sebab ia sangat jimat ruang ye.
Model Regular ini hanya berharga RM599 dan smart(dengan aplikasi) pada RM649, disertakan sekali dengan waranti selama 1 tahun
Untuk korang yang nak dapatkan LUMOS FLOAT 360° Home Projector ni korang boleh layari website mereka di bawah ni
Website : http://www.lumosprojector.my/float
Shopee : http://www.lumosprojector.my/float








