Butik KACAX- Butik Wajib Terjah Untuk Persiapan Raya | Sehari Sebelum Puasa hari tu, kekda dah survey baju raya untuk lelaki di Butik KACAX Angsana Mall Johor Bahru.Ini kali ke lima seingat kekda menjadi pelanggan setia setiap tahun untuk baju-baju Melayu dan Kurta bukan sahaja untuk suami, malah adik beradik kekda pun dah join sekali.
Belum lagi puasa, orang dah berpusu-pusu datang mencari baju raya tau.Apa yang best kat sini, selain dari tempat yang selesa sudah semestinya kualiti kain dari dahulu sehingga kini menjadi perkara utama kenapa kekda suka beli Kurta kat sini.Kalau nak cari baju raya lelaki, boleh terjah butik Kacax ni.
Setiap tahun, memang ada je Kurta Terbaru dari Butik KACAX ni,Baju Melayu pun walaupun design lama, tapi mereka mengeluarkan warna-warna baru mengikut trend warna terkini tau.
Masuk-masuk je dah rambang mata weh tengok.Mulalah nak lari dari tema bila nampak situ cantik, sini cantik.Memang confirm lari tema.Begitulah kekda bila buat pilihan.
Kurta kat sini, ada pelbagai size dari kanak-kanak hinggalah dewasa.Nak cari baju set sedondon dengan anak, memang kat sinilah tempatnya.Kalau nak cari baju perempuan pulak boleh terjah jugak di Butik Jamilah, tak jauh dari Butik KACAX ni.
Selain Kurta, ada juga Jubah lelaki, Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu teluk belanga, dan nak cari Sampin Limited edition pun ada kat sini tau.Corak semua cantik-cantik belaka
Tengah berbincang mana satu kurta yang nak grab untuk adik-adik lelaki umi, kiranya kami nak sedondon untuk raya kedua pulak.Dah alang-alang membeli kan, grab la untuk raya kedua sekali.Pakai kurta ni selesa nak ke mana-mana.Material dia walaupun tebal, tapi sejuk tau.Tak rengsa bila pakai.Material Kurta di Butik KACAX tak pernah mengecewakan.
ANTARA DESIGN TERKINI DI BUTIK KACAX
Sempatlah si adik ipar ni berposing dengan baju-baju terbaru dari butik KACAX ni, Bukan apa, senang nak tunjuk kat adik beradik mana yang berkenan.Nasib baik staff kat situ friendly, sangat-sangat membantu kami kat situ.
Korang , kalau nak cari baju sedondon ayah dengan anak, hah memang kena terjah sini tau.Stock masih banyak lagi tu, kalau lambat kang , ada warna yang takde dah payah nak cari yang sedondon.
Akhirnya settle jugak beli baju raya di Butik KACAX ni, dah dapat apa yang berkenan kita cari pulak baju untuk perempuan.
Oh ya, kalau korang nak cari baju sedondon ayah dan anak lelaki boleh terjah sini tau, dah banyak cawangan dan booth yang Butik KACAX bukak bagi memudahkan korang nak membeli belah
KACAX ANGSANA
✅Booth Level 3 (area kiosk Kaca)
✅Kiosk Songkok KACAX di kiosk kaca
✅ Booth KACAX LEVEL 2 (berhadapan kedai Emas HABIB Jewel)
KACAX UBC
Jalan Padi Emas 1/4 (blkg Maybank Bbu)
KACAX Giant PLENTONG
-Lokasi dalam Giant Plentong
-berhadapan Pintu Cashier Giant Plentong
Booth KACAX B5
-Berhadapan Pentas outdoor
Booth KACAX KIPMALL TAMPOI
-berhadapan pentas utama Kipmall
Korang boleh layari Social Media
Butik KACAX ni untuk melihat design-design kurta dan baju melayu keluaran mereka
Ig : https://www.instagram.com/kacax_hq/?hl=en
Facebook : https://www.facebook.com/people/KACAX-Official/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kacax_official