Hampir sebulan lebih tak sentuh blog kesayangan ni, sejak ni susah betul nak menulis, betullah kan, bila kadang-kadang hati ni tak tenang, nak menulis pun susah.Bukan tak boleh nak menulis, takut pembawaan jiwa tu masuk terus ke dalam blog ni.
Segala apa semua nak diluah, tapi tidak di dalam blog online ni.Biarlah kemas tersimpan di dalam blog tulisan tangan.Itu sudah memadai tanpa perlu aibkan orang.
Alhamdulillah, berakhir sudah hari raya Aidilfitri untuk tahun 2026 ni.Nak jugaklah kita sematkan kenangan di blog ni.Mana tau kan, anak cucu cicit kita ternampak masa diorang tengah menggoogle tu.Rupanya nenek diorang dulu ada blog.hahhh kan pemes gitu.
Di hari pertama hari raya kami juga, adik perempuan ke lapan kami mengikat tali pertunangan beliau dengan jejaka idaman dia.Alhamdulillah syukur dipermudahkan
Adik yang paling kekda sayang, yang pernah berkongsi kasih seorang anak perempuan.Semoga ikatan pertunangan membawa kepada pernikahan yang berkat, dan diberkati serta bahagia hingga ke jannah
Insyallah
Tema kami pada tahun ni ialah lilac, tapi tulah, disebabkan skin tone lain-lain, ada yang suka dengan warna tu dan ada yang rasa tak boleh nak masuk warna tu, jadi kami berpakat untuk memakai warna lilac dan purplem.Nampak cantik pulak warna-warna campur macam ni.
Lepas ni harapnya kekda boleh la kekalkan seminggu sekali berblog ataupun sehari sekali berblog.Tapi tulah, sehari sekali tu macam tak mungkin.
Rindu dengan kerajinan berblog dulu berbanding sekarang.Yelah, sejak duduk rumah, menguruskan keluarga dan anak-anak, disamping beberapa job tepi yang kekda buat tu, kekangan masa tu nak berblog.
Ditambah pula dengan masalah kesihatan yang cepat sungguh sakit pinggang bila duduk depan pc lama.
Doakan kekda diberikan kesihatan yang baik-baik korang.aaishh rindu nak berblogwalking laaaaa


