11
Assalamualaikum

Ini entry copy paste..Kenapa aku copy paste ialah untuk tujuan mengingatkan kepada aku mereka dan mereka..
kalau korang nak tau kebanyakkan rakyat Malaysia nie banyak mengalami obesiti.Dan kita kadang-kadang tak tau makanan apakah yang menyumbang ke arah itu..Kita kadang-kadang kurang mengambil sikap ambil tahu tentang pemakanan,tanpa membaca dahulu jumlah kalori yang terdapat pada makanan itu

Nak tahu 10 makanan yang menyumbang  kepada kalori terbanyak..

Mi kari
Kombinasi antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda sebanyak 500 kalori terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori berbanding mi kari. 

Susu pekat manis
Elakkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat, satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kalori. 

Burger
Burger semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kalori . Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis. 

Nasi Goreng
Biasanya, nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan selalu ya. 

Mayonis
Pengambilan mayonis wajar di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak. 

Nasi lemak
Dahulu, nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesity jika makan dalam kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600 kalori. 

Roti canai 
Senang dan cepat. Untuk maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda makan dua keping, jumlah berganda. 

Aiskrim 
Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kalori. 

Donat 
Jangan salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.

Sumber :yahoo

Post a Comment

  1. Assalammualikum...kisah dairy,

    semua makanan kat sini mselim3 suka,,,mcam mana nie yer...heheh

    mselim3

    pls: kena jaga diet lepas nie,,,

    ReplyDelete
  2. Alamak semua listed tue fav i..so cmne tue..ptt la tak kurus2...wakakaka

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. aik..nasi goreng pun terlibat sama ka..iskh3..

    ReplyDelete
  5. alamak, pha is kalau pi kedai mamak, standard roti canai 2-3 keping.. nk dekat 600-900 kalori dah tu...

    ReplyDelete
  6. thanks for da info..dah la sume akak suke..ngeee

    ReplyDelete
  7. Semua tu favourite... Tak boleh nak tinggalkan.. wuwuwuw

    ReplyDelete
  8. byak juga kalori tu..hmm, makan senang je..tp nk buang tu yg susah..boleh dikatakan list makanan kat atas tu rakyat Malaysia suka ambil

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top