RASAI MASAKKAN BALI NUSANTARA INDULGENCE DINNER BUFFET RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | Yang tak pernah merasai menu-menu dari Negara Seberang, ini peluang korang menikmati pelbagai hidangan dari Chef Wisnu Adiyatma yang dijemput khas dari Renaissance Bali Uluwatu Resort & Spa.
Jaranglah kan kita dapat rasa dinner Buffet yang menyediakan menu-menu dari seberang ni.Kali ni kekda tak lepaskan peluang menikmati pelbagai hidangan yang disajikan di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel untuk Dinner Buffet mereka bermula dari April sehingga June 2026.
NUSANTARA INDULGENCE DINNER BUFFET RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL
Menu highlight yang kekda letakkan disini wajib korang cuba ye.Chef Wisnu menyediakan beberapa menu yang seperti Rendang Sapi, Ayam Betutu, Gulai Daun Singkong,Kambing Panggang Marangi, Gulai Kambing, Nasi GUrih, Acar, bumbu Kacang, Sambal KEcap dan Sambal Bajak
Lepas satu-satu menu yang kekda cuba.Dapat pulak makan dengan geng kaki makan memang terus berseleralah kami semua.Bila sorang ambil, rasa sikit, sedap je terus menambah yang lain.Bukan main lagi ek diorang ni.Tapi tulah, bukan selalu dapat semeja dengan geng makan-makan ni.
Bila ada geng makan, semakin berseleralah kami menambah.Menu-menu yang kekda sebutkan kat atas tu memang tak mengecewakan tekak kekda.Memang semua boleh diterima.
Bila korang dinner kat sini, bukan sahaja diketengahkan menu highlight tu, nak rasa masakkan Negeri dan Negara lain pun ada seperti masakkan cina, india, melayu, Makanan Jepun pun hado!
Tak lupa juga menu Seafood On ice kat sini on top jugak korang.Pendek kata kalau makan kat sini, korang takkan rasa rugi sebab menu-menu yang di hidangkan memang best-best tau.
Tu belum lagi dibahagian dessert, memang sangat meriah ye, Minuman pun pelbagai disediakan.
Tunggu apa lagi, bawa family dan rakan korang untuk dinner kat sini sepanjang bulan ini sehingga June 2026 ni.
Nak tengok pelbagai lagi menu korang boleh tengok dekat page Kekda Kisahsidairydotcom ye








