7
Assalamualaikum

Seronok sebenarnya kalau bercerita pasal breastfeeding ni.Tapi kalau bab mood down dan susu tak keluar,hah!! masa tu lah nak buat apa pun tak boleh.

Semalam aku ada cerita di Entry Habasyi oil-Supplement terbaru dalam perjalanan breastfeeding Naura kan...Supplement ni membantu aku dari segi kesihatan aku jugak.Kurangkan keletihan badan.Jadi nak buat kerja extra pun boleh lagi.

Tapi yang tak bestnya bila time cergas nak buat kerja mengepam tu,Pump pulak ada masalah.Geram weh!! Rasa nak hempas-hempas je pump tu.Tapi difikirkan balik beli dengan duit,so lepaskan geram kat my laki je..Membebel pasal pump tu depan dia,redha je dia jadi pendengar.

Dulu aku ada cerita pasal pump yang aku beli kat entry Bercerita tentang penyusuan Naura pulak . Jadi mak-mak ni macam nilah..banyak sangat nak kena survey dan banyak jugak la nak menyanyah bila kat shopping complex kan.hehehe

Ini bukan kali pertama ada masalah pump ni.Masuk ni kali kedua kot.Pernah kot aku cerita kat entry ni Breast pump Rosak. Sampai la aku pi center dia kat Uda nuh!! jauh gak dari tempat aku.Tapi demi nak susukan anak.sanggup ummi redahi.Sampai sana,dia bagi tau kat aku valve koyak..Oklah tu..boleh tukar kan..Tup..tup kata diorang takde stock..Haishh..Dah kata jual pump,kenalah jugak jual spare part,jadi senang mak-mak ni bila pump rosak atau part-part pump ni ada masalah,terus pi sana tukar yang baru..Kan ke bagus camtu kan.Mintak no telefon aku bagai nak rak..haram tepon aku pun tak!!..Dah eh!..Malas den nak cita lanjut..Biarlah dia..Tempat lain banyak lagi..Last-last pergi beli kat area rumah aku je.Lagi dekat.Walau pun stock valve brand yang aku guna,tapi diorang advise untuk pakai valve brand lain yang sama dan boleh masuk dengan pump aku..good sangat!!!

Ok..Sekarang ni suction problem lagi..Bila dah ada pengalaman yang lepas macam ni jugak,terus aku order valve yang baru untuk pastikan pump berfungsi dengan baik.Actually aku menggunakan Breast pum single Malish Lifestyle.Itu je termampu..
malish lifestyle
sumber:pumponthego

Yelah kita ni,membeli ikut kemampuan..Kalau aku mampu,nak je aku rembat yang double pump tu.Senang keje beb..Cepat je..Dua-dua boleh guna..

Korang nak tau tak,breast pump idaman aku..meh aku tunjuk..Kot la ada yang nak sponsor breast pump jenis ni
madela lifestyle
sumber:google
Madela Lifestyle
kan...korang pun kalau ada kemampuan mesti pilih yang ni kan..Tapi harga dia range 1k++ tau..

Oklah berbalik pada breast pump aku tu...Dah down sikit la sebab bila kat opis ,tetiba tak boleh nak pump..pump memang bergerak,tapi suction xde..sakit hati mak ni!!..Nak tak nak kena jugalah guna kaedah marmet..Tau tak marmet...cer korang google beb!!

Call kedai baby yang berhampiran,diorang takde pulak stock..Terpaksa order online.Nasib baik diorang ada stock..Alhamdulillah..dah selesai pembayaran hari ni.dah dapat tracking number..Harap-harap esok lusa sampai la..huwaa....bertahan la guna kaedah tu..Kalau tak membengkak lar miss B tu kan.

Meh aku tunjukkan bahagian pump yang ada masalah tu.

malish lifestyle
Nilah dia...kedudukan Valve ni korang boleh tengok kat bawah ni

sumber:google
Bagi aku part valve ni lah yang nak kena betul-betul jaga selain motor pump ni

Sekali order dua beb!!Senang kalau pepehal ada lah backup kan.Lain la benda senang nak cari..Tak pening kepala mak ni

Aku ada tanya la dekat staff center malish baby ni,dia kata tak boleh cuci guna apa-apa pun dalam valve tu..yelah benda alah tu kan senang nak mengembang.Lubang pada valve tu sebenarnya tak boleh dibesarkan...tu yang xde suction kot..alah..ramahnya dia..best ada seller macam tu kan.

Huh!! ni nak menunggu barang tu sampai je..Lepas tu mak dah tak stress lagi...Tu yang nak update blog pun takde mood...Tapi mood makan masih on!!










Post a Comment

  1. oo. valve tu. avent pn rasanya valve rupa gitu. sy guna double pump brand first year. ada cerita kt blog. tbaik sgt. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan oleh Allah swt untuk menyusukan baby..

    ReplyDelete
  3. basuh je... aku dulu beli online buat stok... memang akan rosak valve tu... Eh bukan aku pakai, tapi bi...

    ReplyDelete
  4. BP kalo problem selalunya sebab valve. Saya pakai 2 BP. Avent manual dengan Medela Swing. Best pakai dedua. Kalau salah satu valve rosak, pakai yang lagi satu. Harga valve pon boleh tahan mahal jugak.

    ReplyDelete
  5. Masa menyusukan Aqlan dulu pakai Madela. Kawan yang cadangkan. Takde masalah apa. Cuma tak lama gunanya sebab susu takde. Maknya stress dengan kerja.

    ReplyDelete
  6. memang susah kalau rosak..harap cepat dapat spare part valve tu

    ReplyDelete
  7. lega ekk. skang da berganti :)
    boleh ngepam dgn gumbiraaaa...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top