Monday, February 27, 2017

# jdt blogger # program

Luncheon JDT BLogger

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru Semalam...Berjumpalah kami di sana..Seramai 5 Orang Blogger Johor telah berkumpul untuk Lunch santai-santai di sana..Walaupun tak ramai yang dapat join tengahari tu,tapi tetap meriah..Biasalah,plan last minute.

Sebenarnya Luncheon tu lebih kepada pembahagian barangan yang akan di bawa ke Program JDT Blogger bersama anak-anak yatim PKAYIK Kluang.Ada barang-barang keperluan yang perlu diagihkan disebabkan kereta tak dapat nak menampung keperluan tu untuk dibawa ke sana.Sambil menyelam minum air..Dapatlah berborak-borak dengan mereka.

Mereka yang terlibat dalam Luncheon hari minggu lalu adalah Blogger Mialiana,Hernee Nadzir,Uyul Rosli dan juga Suzlin..Ada dikalangan mereka yang baru aku kenal secara berdepan macam si uyul dan juga Hernee..Alhamdulillah..mereka semua sporting..Thumbs Up!!

Luncheon  JDT BLogger
masa ni dak uyul belum sampai lagi..

Insyallah JDT Blogger akan membuat Program yang pertama bersama anak-anak yatim Kluang..Sasaran Pertama untuk program yang pertama ini kami lebih tertumpu kepada Anak-anak yatim..Insyallah..akan menyusul program untuk rumah orang-orang tua,fakir miskin dan mereka yang memerlukan..Doakan misi kami yang pertama ini berjaya.

Setakat ini,alhamdulillah..ramai yang memberikan sokongan moral dan juga penderma-penderma budiman yang senantiasa memberikan support untuk team kami.Moga lepas ini JDT blogger akan mempunyai ramai keahlian dan sama-sama meraikan Program-Program Charity selepas ini..
Luncheon  JDT BLogger
with puan Hernee

Lunch kami pada hari itu juga,lebih kepada pengenalan ahli-ahli JDT Blogger,Isu tentang blog dan juga ilmu yang dicurahkan oleh Blogger Mialiana kepada kami..Ilmu yang sangat bermanfaat untuk kami perolehi pada hari itu..Insyallah..akan kami guna sebaik yang mungkin..Thanks Kak Mia..


Lunch selama 2-3 jam tu memang tak mencukupi..Memang kena ada masa yang sesuai untuk kami bercerita pasal blog dan program-program yang akan datang..Last adalah pembahagian barang-barang yang akan dibawa ke program tersebut.


Luncheon  JDT BLogger
Sesi pemunggahan barang,sempat lagi wefie ye dak!!

Luncheon  JDT BLogger

Doakan misi kami berjaya...terima kasih

12 comments:

  1. Bestnyaaaa. Geng JDT sudah, geng Klate bila pulak agaknya. Haha :)

    Salam kenal. Follow sini. ;)

    ReplyDelete
  2. wah bestnya, lepas ni boleh roger2 nak jugak join. hehe.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum eda...best dpt berkumpul sesama sendirikan...byk cerita boleh dibualkan...semoga jalinan ukhuwah team jdt blogger akan terus berkekalan ....

    ReplyDelete
  4. seronok sangat walau berhujan panas hahaha

    ReplyDelete
  5. seronok bangat ni... Ada aktiviti camni memang best..

    ReplyDelete
  6. Eeehhhh ehhh bulatnya yang depan tuh ahhahahah

    http://www.uyulrosli.com

    ReplyDelete
  7. wahhh, bestnya kumpul ramai2 😄

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan segala urusan. seronoknya jumpa jdt blogger. Maaf tak dapat turut serta

    ReplyDelete
  9. Bestnya ada JDT blogger :) Seronok kalau ada komuniti camni kan :)

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81