Thursday, October 26, 2017

# hotel review # johor bahru

Kembara Blogger Johor Part 8 | Tunamaya Beach Resort & Nelayan Seafood

Assalamualaikum
Hai korang😊😊 Kami beredar pulang ke tempat penginapan kami di Desaru Tunamaya Beach & SPA Resort.Sebenanrya dah lama betul tak menginap di tepi pantai macam ni.Sesekali kan ambil angin laut memang best.
Actually,aku tak pernah pun menginap disini walaupun jarak antara rumah aku kesini mengambil masa lebih kurang sejam.
Tapi bila bersama Kembara Blogger Johor,ini merupakan pengalaman yang cukup berharga  bagi aku.Thanks to Desaru Tunamaya kerana memberikan kami penginapan yang selesa disini.

Tunamaya Beach & SPA Resort ni terletak di Bandar Penawar Kota Tinggi Johor.Resort ini mempunyai 134 guest rooms dan Suites.
  • Standard Twin-54 bilik
  • Standar Family-54 bilik
  • Deluxe room-20 bilik
  • Junior Suite-4 bilik
  • Royal Suite-2 bilik
Kami dapat Standard twin yang menempatkan Katil kembar dan satu katil single.Memang selesa sangat.

Kalau korang yang bawa family mungkin boleh memilih untuk duduk di bilik Standard family sebab di bilik tu terdapat satu katil queen dan 1 katil super single.

Di sini juga disediakan Function room untuk korang yang ada aktiviti family day,perkahwinan,dan macam-macam lagilah..Terdapat 3 Function room yang korang boleh pilih untuk event yang korang nak buat tu.
Desaru Tunamaya Beach & SPA Resort

Selepas kami check in bilik,kami ambil masa untuk melawat persekitaran resort ni.Sambil tu snap-snapa pemandangan yang cantik ni.

Pemandangan dari koridor bilik kami

Bahagian bawah resort yang menempatkan cafe dibawahnya

Pemandangan dari bawah



Jangan risau untuk mencari makan disini kerana di bawah Resort ini terdapat satu cafe tau.Dan kalau korang nak tahu,tidak jauh dari resort ini,terdapat satu kedai makan seperti boat Noddles tu iaitu Aroi Thai Boat Noddles di Tunamaya Beach & Spa Resort .Penggemar makanan Thai harus cuba makan disini tau.

Aroi Thai Boat Noodles street Food ini beroperasi dari 11.30 pagi sehingga 10.00 malam

Kolam renang yang terdapat di Tunamaya inj

Kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak

Ada juga gymnasium

Disediakan juga termpat permainan kanak-kanak

Kolam renang yang diambil dari bilik

Gambar ni aku ambil masa pagi buta lagi.Dari pukul 6 pagi sehinggalah kami check out untuk sarapan.Cantikkan view ni.Bukan senang nak rakam pemandangan macam ni.



Hah..korang teruja tak tengok pemandangan di Tunamaya Beach & SPA Resort ni..Cantikkan.Siapa suka tengok keindahana dan panorama di tepi pantai,aku memang recommended sangat kat korang tempat ni.




So,sekarang kita beralih kepada bilik yang kami duduk malam tu.Overall aku berpuas hati sangat lah dengan bilik.Bersih dan selesa.


 Bilik Air


Meja di hadapan Katil

Katil  satu besar dan satu kecil



Disediakan juga minuman dan peti ais kecil di bilik ini

Bilik ini boleh memuatkan seramai 3 orang tau.Aku rasa kalau nak lebih pun boleh..

Ok..Lepas dah tengok keadaan bilik disini,aku nak share satu tempat yang ada di dalam Tunamaya Beach & Spa resort ni.

Bagi korang yang suka makan Seafood ,aku syorkan untuk makan di Nelayan Seafood  By The Coast iaitu bersebelahan dengan bilik Resort ni.

Kami dijamukan pada malam itu Platter Seafood yang sedap ni.Korang boleh tengok gambar di 
bawah ni ye

Korang boleh pilih jugak antara seafood kat sini tau..Memang fresh sangat-sangat

Ni muka-muka tunggu makanan sampai..Masing-masing dah lapar ni

Dah sampai Seafood Platter kami.Tunggu dimasak sahaja.


Lepas tu berjemaahlah kami makan.Memangtak toleh kiri kanan.Dapat hirup kuah tu,nikmatnya lain macam tau..hehe




Bagi korang yang tak tahu untuk ke sana,jangan risau,aku sediakan Maps ke Tunamaya Beach & Spa Resort ni di bawah ni

                   
Maps ke Tunamaya Beach & Spa Resort

Jika korang ingin merasai kenikmatan berehat di tepi pantai,boleh la booking awal dulu ye.Sebab kat sini selalunya penuh.Korang boleh  lihat details resort ni di bawah.


TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT
Bandar Penawar ,81930 Kota Tinggi
Johor
Tel : +607 8338888 



Baca juga entry lain yang berkaitan dengan Kembara Blogger Johor 







Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

2 comments:

  1. dapnyerrr seafood platter tu... lokasi resort ni pun cantik

    ReplyDelete
  2. Cantik tptnya... Seafood platter yumyum

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81