Puzzle Printing untuk dijadikan hadiah kepada yang Tersayang - Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Wednesday, March 28, 2018

Puzzle Printing untuk dijadikan hadiah kepada yang Tersayang

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Mesti ada di kalangan korang yang pening kan bila memikirkan hadiah apa yang akan diberikan kepada yang tersayang.Sempena Hari jadi atau Hari ulang tahun perkahwinan mungkin,berikan sesuatu yang lain daripada yang lain.
Dan selalunya,hadiah yang akan diberikan adalah bunga,jam,minyak wangi dan lain-lain.Cuba tukar sikit jenis hadiah yang korang nak berikan kepada yang tersayang,Jadi takdelah sidia bosan asyik menerima barangan yang sama sahaja setiap kali HARI ISTIMEWA tu kan.Tapi bab nak cari hadiah ni pun boleh pening kepala tau.Sampai buntu nak fikir apa yang nak diberikan kepada sidia tu.
Apa kata korang bagi hadiah berbentuk PUZZLE  pulak.Korang create lah Puzzle tu dengan gambar sweet korang berdua...Mesti sidia suka.Jadi bolehlah disimpan buat kenangan.Jadi macam dekat je Puzzle Printing  tu dengan korang.So,kat mana korang nak cari dan buat Puzzle Printing tu?Tempat yang murah dengan harga berpatutan?Bukan setakat murah je,korang juga boleh dapat 30% offer  dan PENGHANTARAN PERCUMA jika korang shopping sebanyak Rm70 ke atas.uih..rasa dah berbaloi sangat tu tau.Rasa rugi pulak kalau korang tak tempah hadiah korang kat sini.Design pun cantik.Dari pengalaman aku ,Masa beli mug dengan Printcious ni,Printing dia pun cantik dan tahan lama..Kalau kroang tengok entry aku pada tahun 2016,sampai sekarang mug tu masih cantik lagi tau printingnya.
PRINTCIOUS.COM,satu website Printing yang boleh membantu korang menghasilkan satu hadiah yang menarik.Sangat berbaloi memandangkan aku juga pernah menggunakan khidmat Printcious ni tau.Korang boleh Klik SINI untuk melihat apa yang aku buat dari Printcious ni.Printcious.com ni adalah salah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan percetakan untuk korang design sendiri hadiah harijadi seperti Bantal,Mousepad,Tshirt,KeychainMini Trees,Phone Cases dan banyak lagi yang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah anniversary,hadiah harijadi,Graduation day,Hadiah perkahwinan dan banyak lagi.Mesti korang 
PRINTCIOUS.COM ini memberikan korang idea yang menarik tau.Jadi takdelah korang buntu nak belikan hadiah.Senang kerja tau.Just buat ikut idea sendiri,submit pada printcious dan tunggu jelah beberapa hari hadiah tu akan sampai kepada korang.So,tak payah korang susah-susah nak keluar cari hadiah kan.
Hadiah berbentuk Puzzle Printing  ni korang boleh pilih sendiri samada nak memilih gambar yang sedia ada atau korang nak create sendiri pun takde masalah.Dan Puzzle ada dua jenis bentuk iaitu Puzzle  printing Rectangle dan Puzzle printing Love.

Puzzle Printing Rectangle 
Ada beberapa size yang boleh korang pilih seperti di bawah ni.Korang boleh pilih mengikut kesusaian hadiah yang korang nak bagi tu ye.


  • A5: 80 pcs (15cm x 21cm)
  • A4: 120 pcs (20cm x 28cm)
  • A3: 300 pcs (28cm x 39cm)
  • A2: 500 pcs (38cm x 50cm)

  • Puzzle Printing Love

    Manakala Size untuk Puzzle Love ni hanya terdapat size 75 pcs(19.5 cm x 19.5cm)

    Korang bolehlah pilih samada ingin menggunakan Puzzle Printing in Malaysia  yang dah ready made atau korang nak create sendiri.Lagi bagus kan bila korang DO IT YOURSELF,barulah nampak yang korang buat tu dengan penuh kasih sayang...cewahhh...Letak la gambar manis berdua untuk kenang-kenangan.Mesti sidia teruja tau bila dapat hadiah ni.  


    Jika korang mencari SOUVENIER GIFT IDEA FOR GUESTS,jangan lupa untuk menghubungi Printcious.com.Atau korang juga boleh mencari mereka untuk mengadakan parti harijadi dan memerlukan "PARTY PHOTO BOOTH" 
    Korang boleh layari website mereka untuk maklumat lanjut ye.

    Facebook :  https://www.facebook.com/printcious/Website : http://www.printcious.com/



    Thanks for Reading kisahsidairy.com
    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

    12 comments:

    1. cun gak idea puzzle printing ni sebagai hadiah ... nampakla kelainannya kan :)

      ReplyDelete
    2. menarik hadiah macam ni. limited edition :)

      ReplyDelete
    3. Menarik juga ya hadiah macam nie..

      ReplyDelete
    4. Printcious ni mmg best.. Dh baper kali diy gift kat sini

      ReplyDelete
    5. Tak pernah buat puzzle printing lagi. Nanti boleh cuba

      ReplyDelete
    6. Tak terfikir sebelum ni nak buat..

      ReplyDelete
    7. printcious ni mmg byk pilihan kan

      ReplyDelete
    8. Barang2 dekat Printcious memanh besttt

      ReplyDelete
    9. Lia pernah DIY barang kat printcious ni memang menarik tau..


      www.liahasty.com

      ReplyDelete
    10. Sesekali bagi hadiah yang lain daripada lain memang unik

      ReplyDelete



    Post Top Ad