BUFFET RAMADAN JOHOR 2026 RAMADAN IFTAR ALA BAZAR NEW YORK HOTEL JB |Kali ni kekda nak bawa korang untuk makan buffet di New York Hotel JB.Rasanya ni tahun kedua untuk kekda hadir preview disini.
Suasana yang baru, dan tema yang baru, Tahun ni New York Hotel JB bertemakan Ramadan Iftar Ala Bazar di mana korang akan lihat deretan bazar disekeliling tempat makan di sini.Stall yang ada semua menyediakan makanan-makan live station antaranya aneka sup, pasta, Yong Tau fu, Murtabak, Roti jala,Chourus, Nasi ayam, Rojak petis, pizza, Nasi Beryani, Nasi lemak kukus, Sup Tulang, Bubur lambuk,Goreng-goreng station dan banyak lagi.
Ada juga dereten kuih muih, ulam-ulaman dan pelbagai jenis kerabu.Tak lupa juga Teh tarik dan juga Ais Kacang.Dibahagian luar pulak, ada disediakan kambing golek, ikan bakar dan juga sate.
Memang meriah dengan menu-menu yang sedap-sedap disediakan untuk korang yang bakal berbuka puasa disini tau.
Sup tulang dia pun korang kena cuba.Sekali makan confirm korang nak tambah lagi tau.
Oklah korang, dah bebel-bebel kat atas tu moh ler kekda share dengan korang harga, cara nak tempah dan sebagainya di bawah ni








