BUFFET RAMADHAN JOHOR GEMPITA RAMADHAN RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | Masih lagi buffet ramadhan di Johor Bahru 2026 dan kali ni di Renaissance Johor Bahru Hotel, Dengan tema kali ni mereka mengetengahkan tema Gempita Ramadhan dengan menu-menu lebih menarik dan sedap seperti tahun-tahun sebelumnya.
Macam biasa dua Chef Istimewa yang dijemput khas seperti tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, dua selebriti yang pastinya korang kenal mereka.Kali ni menu mereka memang mengancam ye.Nak sebut pun seram.Tapi rasa memang puas hati.Nanti kekda cerita apa menu killer mereka pada tahun ni khas untuk mereka yang datang makan masa bulan puasa tu nanti.
Dengan lebih 300 menu korang boleh menikmati hidangan dari pelbagai kaum di Malaysia iaitu cina, india dan terutamanya lauk pauk melayu.Dengan dessert yang pelbagai pasti korang akan teruja nak merasai semua menu yang bakal dihidangkan nanti.
Tahun ini juga Penampilan istimewa menampilkan kelainan pada resepi mereka tau.Chef Selebriti iaitu Sheila Rusly memperkenalkan menu beliau iaitu satay lilit Janda Mengamuk.Seram dengar kan, tapi itulah kelainan pada tahun ini.Satay lain dari yang lain dan dimakan dengan Sambal Mantah, confirm tak cukup satu.
Yang nak merasai air tangan Sheila Rusly Save the dated pada 20-21, 27-28, dan 6-7 Mac 2026.Boleh la korang beramah mesra dengan beliau tu nanti.Tapi pastikan booking awal la kan.
Manakala Influencer Dapur iaitu Zam Akmal pula dengan menu Manja-Manja Spicy Glass Noodle memang menepati citarasa kekda tau.Orang-orang JB nak merasai kenikmatan menu manja-manja spicy Glass Noodle ni hah, jangan lupa save the date pada 27 dan 28 February dan 6,7,13 dan 14 Mac 2026.
Yang tak berkesempatan untuk tarikh tu pun takde masalah, masih banyak lagi menu-menu yang pelbagai yang boleh korang nikmati tau.Memang confirm korang tak rugi berbuka puasa kat sini.
Ada beberapa live stall kat luar tu korang jangan lepaskan peluang ye untuk menikmati menu-menu yang dihidangkan.
Bulan puasa nanti, Seafood on ice masih tersedia tau.Begitu juga deretan dessert dan kuih muih melayu, aneka jenis biskut raya, buah-buahan dan minuman ada disediakan
Nak tengok pelbagai jenis menu jemput klik page kekda di sidebar tu ye.
🗓️Bermula dari 19 Feb hingga 20 Mac 2026
⏰6.30 pm
💳RM198 adult | RM99 child
EARLY BIRD PROMOTION‼️
Tarikh Pembelian
1 January hingga 15 Februari 2026
Beli 10 get 1 Complimentary
Dinner Date: Valid until 20 Mac 2026
RENTASTIC DEAL
Purchase Date: 1 Jan hingga 15 Feb 2026
Buy 10 get 2 Complimentary
Dinner Date : Valid until 26 Februari 2026
Or 15% Discount for club Renaissance Johor Bahru member
Or 10% Discount for Marriot Bonvoy Member
Or 10% Discount for Maybank & Standard Chartered Bank Card Holder
For reservation
📱+60177 7713327 | +607381 3322
🔗 bit.ly/7RoomsCafeBLD
✉️rosliza.lazim@renaissancehotels.com/evelyn.soh@renaissancehotels.com
Surau disediakan di Level 3
#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #ramadanatrenaissancejb #gempitaramadan JDTBlogger









