Buffet Ramadhan Johor Warisan Minang Di Double Tree By Hilton JB | Bulan puasa nanti kalau korang teringin nak makan masakkan Minang, Siap-siap booking untuk berbuka bersama keluarga di Double Tree By Hilton JB ni.
Hari tu masa preview Ramadhan sempatlah kekda merasa beberapa jenis menu yang dihidangkan di sini.Ini antara menu-menu yang korang perlu ambil masa bulan puasa nanti tau.
Antara menu yang menarik yang perlu korang rasa nanti ialah, Gulai Nangka daging tetel, Sotong sumbat bersama urap kacang botol, Ikan patin masak lemak, Telur sotong sambal terung pipit.
Dan dari seberang pula ada juga Popia basah ayam cincang daun selasih, Pecal jawa dan kuah kacang, Tauhu sumbat udang.
Nak tau lagi menu dia? Selain tu Pelbagai jenis kerabu yang boleh korang dapati seperti kerabu perut air asam tok bali, Kerabu kacang panjang dan kupang, Kerabu telur masin dan banyak lagi la.Kalau nak sebut satu-satu memang berjela panjangnya kan
Bukan tu je korang, masakkan chinese dan india pun ada juga sepanjang bulan ramadhan tu nanti.Yang nak makan seafood on ice pun hado! sediakan jelah perut korang untuk nikmati pelbagai jenis hidangan baik masakkan melayu, cina dan india.Semua tu ada sepanjang bulan ramadhan tu ye.
Untuk Kawah Berapi Padang, menunya pulak Nasi kuning Buluh Bundo, Rendang daging padang raya, Lemak udang Pucuk Ubi Ranah Minang, Gulai Nangka bersama tetel lada hijau dan banyak lagi
Tak dilupakan juga dessert dan kuih tradisional ye.Itu memang wajib ada.Kalau takde tak lengkap menu puasa kita tau.Beraneka juga minuman yang korang boleh pilih,
Sepanjang berbuka puasa disini korang akan dihiburkan live band bagi memeriahkan lagi suasana malam berbuka puasa korang tu.
Nak tengok Full menu boleh tengok kat page kekda : https://www.facebook.com/share/p/1GUTizY6fc/
Buffet Warisan Minang Double Tree By Hilton JB
🗓️20th February - 19 Mac 2026 | 6.30 pm to 10.00pm
‼️Early Bird Voucher RM174 adult | RM99 child
Booking bermula 26 January- 9 Februari 2026
Harga
💳RM238 nett adult | RM119 nett child (Sunday to Thursday)
💳RM248 nett adult | RM124 nett child(Friday to Sunday)
Tempahan
📱+607 268 6868
✉️Johorbahru.FB@hilton.com
#buffetdinner #buffetjohor #buffetramadhanjohor #JDTBlogger #kisahsidairydotcom





