Makan Malam Di RR Dessert Cafe Bandar Baru Uda | Lepas balik dari melawat sepupu kekda meninggal hari tu, kami singgah makan di RR Dessert Cafe.Dari jauh nampak macam menarik je makan kat sini.
Tapi sebelum kekda masuk kedai tu kan korang, belum ada orang lagi, sebelah kedai tu penuh dengan orang, terus rasa berbelah bagi nak makan kat mana.Tapi kekda buat keputusan untuk makan kat RR Dessert cafe.Tawakal jelah kalau tak sedap pun kan.Yelah selalunya orang akan masuk kat kedai makan yang ada orang, yang takde orang mesti diorang akan cakap, sedap ke tidak tu.
Jadi kekda niat kat hati, takpelah tak sedap pun, kita bagi rezeki kat dia.Mana tau Allah bagi sedap dan Allah bagi rezeki tak putus-putus kat owner dan kekda sendiri.
Pernah tak korang dengar aura seseorang bila dia masuk kedai, lepas tu ramai pelanggan yang datang lepas tu.Hah itulah yang kekda rasakan, lepas kekda masuk akan ada orang masuk.Tapi tulah kan, nak percaya lebih-lebih risau.Anggap je tu rezeki owner kedai.
Restoran ni ada jual pelbagai jenis makanan tau, seafood, tomyam dan goreng-goreng.Ada juga roti canai.Kotlah korang nak lepak-lepak nak makan yang simple je pun boleh.Kekda macam dah aim asam pedas dengan si kakak.
Babah pulak order set tomyam, ikan siakap dan kerang bakar.Yang tu kekda tak nyempat nak ambil gambar tu.Masa tu dok kalut layan mak kekda bervideo call.
Kekda makan di Restoran yang warna hijau tu tau korang.Ada dua restoran je bukak hari tu.Sebelah dia tu carwash.Kedai ni berdepan dengan Mydin tepi traffic light tu hah.Mesti korang taulah tempat ni kat mana.Memang betul-betul corner traffic light tu je.
Ni pulak asam pedas ikan pari, kekda ambil yang kecik je takut tak habis, tapi tulah, tiba-tiba tak cukup.kekda suka ikan pari yang kecik-kecik macam ni. sedap je ratah dia kan.Kalau kecik ni orang panggil "TUKE" kan?




