Hai korang..Kalau korang ada termasuk di dalam friendlist aku di facebook,sudah pastinya korang tahu kan,adik sepupu aku telah kembali ke rahmatullah pada 12.12.2017 pada jam 8.30 malam.
Dek Nor telah dimasukkan hospital pada hari Ahad dan disahkan Mati otak oleh Doktor.Sebenarnya dia dah lama menghidap barah otak cuma,dia and family sendiri tak tau yang dia ada barah otak.
ihsan google: sekadar gambar hiasan
Selama ni dia memang selalu sakit kepala,kadang-kadang dekat sekolah,keraplah dia pengsan.Cuma dia tak ke hospital untuk rawatan lanjut.Masa hari ahad pagi tu,dia dah mengerang kesakitan.muntah-muntah dan mula kejang-kejang sampai satu tahap dia tak boleh nak bercakap.Makcik aku kata,dia seperti kena sawan macam tulah,Bila keadaan dah semakin teruk,terus bawa dia ke Hospital dan doktor sahkan barah yang ada di kepalanya dah pecah menyebabkan semuanya tidak berfungsi lagi.
Doktor pun dah inform kat makcik aku,harapan untuk Nor sembuh memang tipis.Nor dimasukkan di ICU dan hanya menggunakan bantuan pernafasan.Dapatlah ahad malam tu aku melawat Dik Nor.Sayunya hati ni,tak terkira sebab selama ni pun tak pernah dengar dia sakit.
Yang paling memilukan hati aku ialah keadaan makcik aku yang telah menghadap dua kematian,selepas kematian suaminya,kini anak bongsunya pulak.Betapa kuatnya dia menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang.
Yang seperti semua sedia maklum,semua ahli keluarga dah redha jika dik Nor pergi.Yelah,bila melihat keadaan dik Nor tu,faham jugak apa yang doktor nak sampaikan,Hari rabu,bersamaan dengan 12.12.2017 pada jam 8.30 malam,Dik Nor disahkan Meninggal dunia.
Sungguh berat dugaan untuk Cik Ju sekeluarga,tapi itulah yang terbaik untuk Dik Nor,Hari khamis pagi lagi aku dah bergerak balik ke Mersing untuk melihat arwah untuk kali yang terakhir.
Sempat jugak sehari kenduri di sana.Kalau ikutkan taknak lagi balik,tapi memandangkan aku terpaksa bekerja hari ni,gagahkan jugak balik dan meninggalkan beberapa lagi orang di kampung tu.Moga Cik Ju dan keluarga tabah untuk menghadapi ujian ini..
salam takziah & alfatihah.. de perasan kat FB eda ari tu, semoga mak cik eda tabah & kuat, doakan untuk mereka di tempatkan dikalangan orang beriman..amen
Takziah...
ReplyDeleteSalam takziah kak
ReplyDeleteTakziah kak T_T. Kalau my family, sakit sikit dah heret pergi hospital, and keluarga akak pun kena buat macam tu, tak boleh biarkan macam tu je.
ReplyDeletesalam takziah kak eda.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh.. amiin..
ReplyDeleteSalam takziah. Alfatihah. SMoga rohnya tenang di sana.
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga. Jemput memeriahkan segmen saya http://qamillaaisya.blogspot.my/2017/12/segment-increase-your-followers.html?m=1
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga. Jemput memeriahkan segmen saya http://qamillaaisya.blogspot.my/2017/12/segment-increase-your-followers.html?m=1
ReplyDeleteMemang berat dugaan bila dengar kematian insan terdekat ni, namun kena redha kerna yang hidup pasti akan mati. sedekahkan AlFatihah buat mereka
ReplyDeleteTakziah.
ReplyDeletesalam takziah & alfatihah..
ReplyDeletede perasan kat FB eda ari tu, semoga mak cik eda tabah & kuat, doakan untuk mereka di tempatkan dikalangan orang beriman..amen
Innalillah, Salam Takziah... Moga arwah bersama orang mukmin...
ReplyDeletesalam takziah.. sebak bila membaca..
ReplyDelete:( semoga arwah berada dikalangan org beriman.. aminn..
ReplyDeleteassalamualaikum eda...salam takziah utk keluarga...
ReplyDeletesalam takziah beb..
ReplyDelete- Hernee Nazir -