Hai korang..SHUTDOWN!! Apa yang shutdown tu eh...Hah..ni nak cerita ni. Company bakal shutdown selama seminggu..uihhh...Bila fikir pasal cuti ni memang seronok,tapi bila dicutikan rasa tak seronok la pulak sebabnya,ia akan melibatkan kekurangan gaji .
Lama kan tak cerita pasal work..Dan hari ni,aku masukkan cerita Shutdown ni di dalam entry aku.Yelah,sesekali kena juga kan cerita pasal work ni.Bagi nak lepaskan segalanya semua disini.
Lately ni,company aku kurang projek masuk,Kebanyakkan company yang berkaitan marine sedikit sebanyak terjejas ekoran ekonomi Negara yang tidak stabil.Dengan keadaan minyak turun naik,membuatkan bakal-bakal pembeli,payah nak berurusan dengan syarikat-syarikat marine ni.
Yelah,ada banyak sebab beb kenapa company aku kurang project,tapi itu biarlah mereka yang uruskan,aku harap,moga tahun hadapan,banyaklah projek yang masuk.
Plan untuk bercuti minggu lepas pun aku terpaksa postponed ke minggu hadapan berikutan cuti selama seminggu tu.WEhhh..Seminggu tau.Kalau ko ada AL ok lagi lah kan.,Kalau mereka yang takde ,kena tolak gaji.Bayangkan sehari Gaji ko di tolak dalam RM50.Kiralah berapa yang akan di tolak selama 4 hari tu.
Itu pun company dah tolong meringankan beban dengan memberikan Advanced leave dan kedatangan tidak akan dipotong.Alhamdulillah..syukur.Walaupun banyak kekurangan kepada company aku ni,tapi ada jugalah perikemanusiaan kepada pekerja mereka.Yelah weh,mana yang anak bersekolah tu,berapa sangat gaji yang dapat,dengan takde Kerja lebih masa,sabtu sekarang tidak bekerja,uih..kalau dikira sebulan banyak jugak dipotong.
Ada ura-ura nak VSS lagi..Wallahualam.Dalam pada tak suka ada VSS tu,lebih baik ada kan dari kena tolak gaji memanjang.Sedih tau.Nak makan apa,
Dunia sekarang ni,banyak memerlukan duit,mana nak cukup dengan gaji setakat 1500. Paling kurang pun sekarang ni,isirumah yang biasa-biasa je,mesti ada 3000 dalam tangan.Untuk bayar hutang kereta,rumah,anak-anak nak sekolah,makan harian.Alhamdulillah,setakat ni,cukup semuanya bagi aku.Tapi bagi mereka yang anak ramai tu..Allahu..Kesian tau.Kesian...Tapi perkataan kesian je yang mampu aku berikan kepada mereka.Doa mereka dimurahkan rezeki selalu.Walau kita nampak keluarga tu serba mencukupi,kita tak tau kan apa yang ada di dapur rumah.Argghhh..Dah malas nak cerita tentang tu,korang sendiri sedia maklum kan..
Dah pepagi jumaat ni merungut,actually bukan merungut,tetapi meluahkan isi hati yang terbuku.Moga Allah swt sentiasa permudahkan urusan kita,diberikan rezeki yang melimpah ruah.Dan kehidupan yang aman damai.
Moga ada rezeki lain nanti... Zaman makin mencabar poket ni...
ReplyDelete*ÙˆَعَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ السَّلاَÙ…ُ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ*
ReplyDelete_Semoga Allah merahmati kita memberi kesihatan yg baik, disembuhkan dari segala penyakit,
dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...._
*آمِÙŠّÙ†ْ..آمِÙŠّÙ†ْ..آمِّÙŠْÙ†َ ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†*
InsyaAllah.. ada rezeki lain kak eda.. semoga tahun depan banyak projek masuk.. ekonomi skrg ni mcm susah nak jangka.. kejap ok kejap tak...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat rezeki yang luas (^_^).
ReplyDeleteassalamualaikum eda...semoga akan ada rezki lebih lg in sha Allah...
ReplyDeleteAsalam..terima kasih datang di laman Etuza. Apa2pun manfaatkan cuti ya
ReplyDeletesabar bebanyak..rezeki ada dimana2..
ReplyDelete- Hernee Nazir -