Nur Awfiyah Ke Liga Silat Aeon Mall Dato Onn Piala Pusingan 2025 | Ini adalah kali pertama untuk kakak masuk game.Dah berhasrat lama dia nak join, kali ni berkesempatan dan dekatlah juga dengan rumah mama dia.
Liga Silat yang berlangsung selama 3 hari tu betul-betul beri pengalaman baru untuk kakak, tapi kekda rasa bukan untuk kakak je, tapi untuk kekda sekali.Banyak yang perlu kita pelajari apa yang boleh dan apa yang tak boleh bila anak masuk game silat ni.
Selepas je tamat MSSD hari tu dan alhamdulillah walaupun kakak dapat tempat kelima dalam larian berpagar, sebagai umi, kekda tetap berbangga dengan dia.Banyak je cerita sebelum dia ke MSSD, berlatih hari-hari, tiba-tiba kaki terseliuh, akhirnya dia dapat jugak join MSSD.Berkesempatan jugaklah umi jadi penonton dia di kompleks sukan Johor di Mount Austin tu.
Cerita pasal silat pulak, ia berlangsung dari 27-29 June 2025 iaitu hari Jumaat hingga ahad.Tapi Khamis malam jumaat tu kami dah ke sana untuk timbang berat badan.
Sebenarnya sebelum game, memang diminta para pesilat yang masuk untuk buat pengesahan doktor, timbang, check kesihatan.Yelah nak pastikan anak-anak boleh bertanding kan.
So, masa menimbang malam khamis tu, tak cukup berat pulak.Which is, berat yang semasa pengesahan doktor tu tak sama dengan berat yang masa timbang kat Aeon tu.Dia nak berat sama atau lebih sikit dari tu.Actually game ni ikut berat tau, bukan ikut umur, maknanya, bila lawan dia berat 33kg, makan lawan lagi sorang tu mesti berat yang sama.Hah macam tulah yang kekda tau.
Berat kakak pulak masa tu 31.7 macam tulah, jadi kakak kena naikkan 2kg lagi.At least kalau berat dia 32.5 pun dah oklah gitu.Padahal sebelum tu umi dah risau kalau dia terlebih berat,jadi tak kasi dia makan banyak sangat,nanti disqualified pulak.
Dah tak sama berat tu, urusetia bagi peluang untuk kakak sampai pagi jumaat untuk naikkan berat badan.Yang terlbih kena kurangkan berat badan.Haishhh susahkan rupanya, tapi takpelah ia pengalaman untuk kakak
Jumaat pagi-pagi lagi kami dah terpacak kat AEON tu.Disebabkan umi dekat, duduk rumah adik kat pangsapuri kasturi tu, jadi bolehlah copkan tempat untuk team kitorang.
Pagi tu suruh kakak makan banyak-banyak supaya berat naik.Tapi tak jugak naik banyak.Coach dengan team dah macam-macam suruh makan, tak kasi dia berak ngan kencing lagi.Stress anak dara tu tau.Akhirnya selepas banyak kali percubaan untuk dia dapatkan berat tu, berjaya jugak, nasib baik urusetia tu bagi chance lagi kat kakak.Ikutkan memang dah disqualified dah kakak sebab syarat timbang sekali je, tapi dia bagi peluang kat kakak memandangkan kakak baru pertama kali join game.
Kemain menangis lagi dia sebelum tu, kecewa jugak bila tak dapat naikkan berat badan.Tapi alhamdulillah, Allah izinkan kan, dapat juga sertai.
Alhamdulillah nama kakak naik pada hari pertama pada pukul 8.30 malam macam tu lah.Tak sia-sia umi tunggu dari pagi.Ada yang parents esoknya baru nama anak naik.Tapi bestnya semua sporting, bawa makan makanan dan makan sama-sama.Berkampung kami kat situ selama tiga hari.Tapi umi hari kedua dan ketiga memang dah tak boleh tahan dan sebab sakit kepala.
Masa perlawanan pertama kakak ok lagi, tapi masuk sesi dua tu, kakak kena sepak luar dari body, tak taulah salah siapa, tapi adatlah kan, bila musuh datang, macam-macam boleh jadi.Masa dia sakit tu, dia usaha jugak untuk teruskan game seterusnya.Masa paramedik masuk gelanggang umi dah risau dah.Nampak dia nangis-nangis lagi umi sedih.Tapi syukur dia kuatkan semangat untuk habiskan game tu.
Ye, masa tu umi dah pasrah, tak kisah tak menang kakak, janji kakak ok.Belajar dari pengalaman.Lepas je habis, terus paramedik tu bawa dia ke satu sudut untuk bagi dia rawatan.Perut sakit sampai cramp ke kakiUmi decide untuk bawa dia balik memandangkan dia tak dapat untuk ke pusingan seterusnya
Takpelah, dia dah tau apa yang boleh dan apa yang tak boleh dalam game.Bila sparing dengan kawan tak sama dengan sparing dekat gelanggang sebenar.Kekda pasti lepas ni dia lebih berhati-hati dengan serangan lawan dia tu.
Alhamdulillah, dia tak serik, nak masuk game untuk bulan sembilan ni nanti.Esoknya dah sihat budak sorang tu.Kami datang jugalah nak bagi sokongan dekat kawan-kawan yang lain.
Alhamdulillah syukur juga dekat team kami, bawa 2 pingat emas, 5 perak dan 3 gangsa.Tahun ni team hantar 16 orang untuk ke Liga ni.
Ni antara anak-anak yang join game hari tu.Masing-masing happy dapat bawak pingat.Paling suka kekda tengok anak-anak kecil yang berusia 6 tahun tu bersilat.Tak padan dengan kecik tau, tapi berapi
Satu pengalaman bila masuk game macam ni, kena berkampung dari pagi sampai malam.
Satu pengalaman bila masuk game macam ni, kena berkampung dari pagi sampai malam.
Dengan badan letih, satu hari dalam Aeon tu,Mak-mak ada je kat situ, anak hilang entah kemana.
Ni antara mak-mak yang sporting join 3 hari game tu.Insyallah next time kita berkampung lagi ye.Tahniah kepada anak-anak Southern Fighters Legacy.