Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan : Panduan Ringkas Untuk Ibu bapa | Mungkin sebelum ni kekda memang tak pernah ambil tahu pun tentang ni, tapi bila anak perempuan semakin dewasa dan akan mengalami kitaran seorang wanita sama macam kekda juga, terfikir apa persediaan yang kita kena buat untuk hadapinya satu hari nanti.
Nampak macam simple pada kita yang melihat, tapi bila kita menhadapi anak-anak zaman sekarang, kita kena buat persediaan seawal mungkin.Kanak-kanak sekarang cepat tau datang haid.Kadang-kadang tak pandai lagi nak urus diri sendiri dah period.Hah macam mana tu?
Haid pertama atau menarche adalah salah satu fasa paling penting dalam perkembangan seorang kanak-kanak perempuan.Ia bukan sahaja tanda perubahan fizikal, malah melibatkan perubahan emosi dan psikologi.Sebagai ibubapa, kita perlu memainkan peranan yang besar dalam memastikan anak kita menghadapi pengalaman ini dengan tenang, positif dan yakin diri.
APA ITU HAID PERTAMA
Haid pertama biasanya berlaku dalam lingkungan usia 9 hingga 14 tahun, bergantung kepada faktor genetik, pemakanan, dan tahap kesihatan anak.Ia berlaku apabila hormon dalam badan mula aktif, seterusnya mencetuskan evolusi dan penebalan dinding rahim.
Antara tanda-tanda anak mula menghampiri haid pertama :-
- Payudara mula berkembang
- Tumbuh bulu halus dibahagian ketiak dan kemaluan
- Keputihan(cairan putih jernih) keluar dari faraj
- Perubahan emosi- lebih mudah sedih, gelisah atau cepat marah
PERSEDIAAN IBUBAPA: APA YANG BOLEH DILAKUKAN
1.Berbincang Secara Terbuka
2.Tunjukkan Alat Kebersihan Haid
- Mulakan dengan perbualan santai tentang haid SEBELUM ia berlaku
- Jelaskan bahawa haid adalah proses normal dan tanda tubuhnya sihat
- Gunakan bahasa mudah untuk difahami contohnya :
2.Tunjukkan Alat Kebersihan Haid
- Kenalkan tuala wanita atau seluar dalam pakai buang
- Tunjuk cara pakai dan cara buang dengan betul
- Sediakan Emergency Kit - tuala wanita, seluar dalam bersih, tisu basah di dalam beg sekolahnya
- Tukar tuala wanita setiap 4-6 jam
- Sentiasa cuci tangan sebelum dan selepas menukar
- Mandi seperti biasa untuk kekal bersih dan segar
- Beritahu anak, tak perlu malu.Semua wanita mengalaminya
- Jika sakit perut(senggugut) ajar cara melegakan dengan tuam air hangat, rehat, minum air suam
- Bantu anak mencatat kitaran haid jika dia mahu
- Simpan pakaian dalam tambahan
- Jika berlaku 'tembus' ajar anak apa yang perlu dibuat
- Dalam islam, haid adalah fitrah
Berikut beberapa langkah penting untuk membantu anak-anak kita supaya lebih bersedia:-
Nanti satu hari badan adik akan mula keluarkan darah sikit-sikit setiap bulan.Itu namanya darah haid.Semua perempuan akan alaminya
- Ajar anak tentang hukum asas solat, puasa dan kebersihan diri.
- Tanam keyakinan diri: " Kamu sudah semakin dewasa".
Hari pertama bukan perkara yang memalukan, ia tanda anak kita semakin matang.Sebagai ibu bapa kita perlu tunjukkan sokongan tanpa rasa canggung, anak akan rasa lebih yakin, disayangi dan dihargai.