SELAMAT HARI GURU 2026 Untuk semua Pendidik di Serata dunia | Guru sekolah, guru pra sekolah, guru mengaji dan kita sebagai ibu bapa yang merupakan guru pertama anak-anak di dunia, alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk kita mengajar anak-anak, anak murid ilmu yang sungguh mahal.
Selamat Hari guru semua.Rindu pulak nak dengar cikgu-cikgu kita membebel dulu kan.Kalau tak siap kerja, lambat masuk kelas, kena sebat tu semua bagi kekda perkara yang biasa berlaku disekolah.
Jangan pandang benda tu sebagai negatif sebab bila kita dah tua ni, baru kita ingat akan jasa cikgu-cikgu kita dulu.
Walaupun cara mendidik dulu dan sekarang tak sama, guru sangat-sangat perlu kita hargai ye anak-anak sekalian.Jangan pernah menidakkan benda tu.
Sebut pasal hari guru ni, alhamdulillah, sekarang ni kekda tengah sibuk menyiapkan tempahan dari customer untuk hadiah hari guru nanti.Walaupun Hari guru disambut pada 16 Mei setiap tahun, tetapi tetap disambut mengikut susunan yang dah diaturkan oleh pihak Sekolah.
Jadi sebulan sebelum kekda dah open order untuk kad dan hadiah.Kekda juga siapkan tempahan kad yang kekda design sendiri mengikut pilihan dan citarasa dari pelanggan kekda
Ni antara Hadiah Hari Guru yang sempat kekda buat untuk customer kekda.Alhamdulillah, untuk sorang je lebih dari 10 ke 30 keping kad dan juga hadiah.Tahun ni paling meriah order lipgloss dan juga sepit kuku comel tu
Ni antara customer yang nak kekda buatkan kad dan letak coklat serta lipgloss tu.Menarik kan
Kad yang kekda design.Just guna chatgpt dan juga canva sahaja.Selalunya untuk kad yang design macam ni kekda akan charge rm1.50 untuk sekeping.Harga untuk design lain sikit la.Bergantung kepada apa yang digunakan.
Yang ni versi budget yang kekda boleh sediakan
Yang ni pulak kekda sendiri sediakan untuk cikgu anak-anak kekda.Memandangkan guru pun ada masa untuk mereka kopi-kopi kan, why not kita bagi diorang minuman 3 in 1 ni.Cikgu pun manusia, ada masa lemau je kan.Ada juga tisu botol yang kekda beri kat cikgu.sangat sesuai untuk letak di atas meja dan juga dalam kereta.Beberapa coklat dan juga sticky noted yang agak tersorok sikit di dalamnya
Ball pen merah dan biru, serta marker pen biru dan juga merah.Setiap kali bagi marker kekda akan bagi jenis ni sebab kekda tau kebanyakkan cikgu akan guna ni.Biarlah orang kata baik beli kedai eco je marker tu lebih murah.Cuma tepuk dada tanya selera.Reason kenapa tak beli je marker kat kedai eco, kekda rasa korang boleh fikir KENAPA?
Dan ini pulak customer request untuk bagi kepada cikgu pasti.Comel kan? kekda suka betul edit-edit gambar, letak prompt kat chatgpt untuk hasilkan gambar yang comel-comel macam ni
Korang pulak dah sediakan hadiah untuk hari guru? Takpe kalau korang tak sediakan hadiah yang hebat, kita memberi ni ikut kemampuan kita, kekda pun ajar anak-anak untuk tidak berlebih-lebihan.Mana kawan-kawan yang tak bawa apa-apa untuk cikgu mereka jangan pernah ditertawakan sebab kita tak berada di tempat mereka.Ada ibubapa yang sekarang ni struggle nak besarkan anak.
Cikgu pun takde mengharapkan apa-apa sangat dari anak-anak dan ibu bapa.Cukup sekadar dengar apa yang diorang cakap, apa yang diajar dapat diterima dengan baik, menjadi pelajar cemerlang tu boleh buat seseorang cikgu tu bangga.
Bagaimana kita hormat ibubapa kita, hormatlah juga cikgu-cikgu kita.Kerana setiap nasihat yang diberikan oleh guru kita tu, akan berguna dan akan kita kenang satu hari nanti
Wallahualam
Selamat Hari Guru 2026 untuk semua guru di Malaysia