40
Assalamualaikum

Cerita sikit tentang aku nie ek..Korang pun tau kan Melaka mempunyai pelbagai cerita  zaman dahulu kalanya.begitu juga tradisi-tradisi Melayu Melaka Nie.Bukan masuk part tentang cerita aku nie okeh!
Ha nie baru masuk partnya.Memang sebelum kahwin dengan orang Melaka nie,Secara serius baru dua kali aku pijak tanah Melaka.Tapi bila dah berkahwin dengan orang Melaka nie,Tanah Melaka pun dah boring dengan aku..heheh..memang dok kerap ulang alik Melaka la..

Nih aku nak cerita sikit tentang rumah yang selalu-selalunya kami akan singgah setiap kali balik Melaka ialah Rumah Mak Tua.Kenapa panggil rumah Mak Tua,Rumah nie kepunyaan Nenek suami aku.kiranya Maknya mak mentua aku..heheh..same jerk kan..

Kitorang atau orang Melaka panggil Mak Tua(nenek).Aku sempat la jumpa arwah sebelum kahwin 2 tahun lepas.Sehari selepas kami berkahwin,arwah meninggalkan kami semua.So berhoneymoon la aku di Melaka ni.


Yang bestnya,Kalau tak silap aku,rumah rumah disini pernah ditayangkan di tv tau.Aku tak berapa nak ingat cerita apa lagi ye..Yang aku ingat en.Husband cakap Sumpahan orang Minyak dilakonkan disini..
Rumah Mak Tua nie dekat je dengan rumah Demang Tu..alah yang cerita hang Tuah Bersaudara tu la...
Masa aku mula-mula masuk rumah nie,Rumah nie hanya dijaga oleh seorang ahli keluarga Demang yang kurang upaya..Dialah yang rajin membersihkan persekitaran rumah nie.La nie,telah diserahkan kepada Perbadanan negeri Melaka untuk diurus selia..Masuk dah kena bayar ok..
Kalau korang nak tau cerita sebenar pasal rumah nie,sila google..tu yang aku tau jerk.
Berbalik kepada rumah Lama Melaka nie,Aku dapat merasai bagaimana meginap dan suasana malam hari.Seronok walau nyamuk suka untuk mendekatinya.Terdapat ciri-ciri kemalayuan yang tinggi tau..Bukan diperbuat kayu yangdah diproses..Korang boleh tengok PIC kat bawah nie.Walaupun dah kelihatan usang,tapi masih kuat tau..Rasanya dah berpuluh-puluh tahun gaknya rumah nie..Aku lupa nak soal siasat.Rumah mak Tua nie,dah ramai pelawat dari negara asing..Tuari baru je balik pelancong dari Jepun.Tersipu malu kakak saudara aku yang menjaga rumah nie,bila pelancong tu nak amik gambo dia..hehe
Serius panjang entry aku nie kan
Gmabar nie tanpa di edit dan jugak di crop oleh aku..original gambar aku tampal untuk kroang ye.

gambar dari depan rumah nie


ciri-ciri rumah melaka ada disitu,,tetapi banyak yang diubah jugakla

sengetkan skit kepala korang..nampak tak kayu besar kat situ


aku lupa la apa nama orang panggil..loteng kot..sbb dekat merlimau nie dlu air naik..
sekarang depan rumah dah xde pantai.kalau korang nak tau tempat nie adalah di Merlimau Pantai..


rumah nie ibu tunggal yang duduk...

Kalau nak diikutkan..Rumah Melaka nie mempunyai tangga yang cantik-cantik macam nie

sumber google ye..

cantikkan tangga rumah nie
kalau nak tau lagi,belakang rumah Mak Tua nie ada Padi..Jadi taklah sekarang nie aku jakun kalau jumpa padi,..hehehe..Di bawah rumah Mak Tua nie ada satu tempat penyimpanan padi tau..Laa nie dah xde dah..
 sampai sini la yerk..kang panjang sangat korang taknak baca...hehehe..

Post a Comment

  1. rumah Melaka ni memang unik...harap dikekalkan warisannya

    ReplyDelete
  2. paling suka tgk rumah orang Melaka :D

    ReplyDelete
  3. Kita suka rumah-rumah macam ni. Coz ada ciri-ciri lama dan selalunya sejuk bila duduk kat rumah ni kan aida...

    ReplyDelete
  4. itulah keistimewaan rumah melayu melaka, paling istimewa tangga batunya..:)

    ReplyDelete
  5. adik dduk melaka :) tapi adik tengok umah melaka kat mini malaysia je.akak dah perna pegi mini malaysia??kalau belum meh meh datang bukit katil kita pergi sama-sama haha...

    ReplyDelete
  6. Cantik. Suka tgk umah2 kampung mcm ni. Pastu dikelilingi pokok2. Sejuk jer mata memadang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang bestnya belakang rumah ada sawah padi..

      Delete
  7. cam best je uma melaka ni.please bawak kitew!hehe

    ReplyDelete
  8. cantik dan bersih je kan rumah tu :) dan berseni rumah tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. penghuninya sorang je acik..lain dah xde dah

      Delete
  9. rumah melaka memang unik... *_^ ...kak eda, cam rasa nak plan bila nak balik melaka pas tu sekali ngan akak..wakakaka...boleh kita meronggeng... *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh!!...jom2...ki pi makan ikan bakar...hehe

      Delete
  10. macam penah perasan je rumah tu...sy orang melaka jugak =)

    ReplyDelete
  11. Memang cantik rumah tradisional melaka, terutama trademark iaitu tangga! Kesenian orang dulu2 memang tidak terbanding...sungguh menarik, penuh dgn simbolik dan sebab2 tertentu.

    ReplyDelete
  12. habis terteleng kepala dok nak tgk gambaq..hihihi
    akak suka tang tangga tu cantik sangat

    ReplyDelete
  13. deno suka sangat rumah2 melaka ni.. kalau ke melaka mesti tangan tak henti2 amik gambar rumah tradisi melaka.. mmg cantik!

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya....

    saya tag awak...

    http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2013/08/segmen-saya-nak-saya-nak.html

    ReplyDelete
  15. <-- mengidam nak buat rumah ala-ala rumah Melaka.. lawa.. :")

    ReplyDelete
  16. cantik tul rumah yg gambar first tu... :)

    ReplyDelete
  17. rumah melaka dengan tangga batu memang x boleh dipisahkan... hehehe

    ReplyDelete
  18. Cantik2 rumah melaka nie.. hari tue farah p melaka naik cruise nmpk la rumah2 mcmni yg dihias cantik.. kalau la dpt bermalam mesti best... ;)

    ReplyDelete
  19. saya memang suka gila dengan rumah melayu lama (tradisional ni) nak2 lagi yg rumah papan dua tingkat tangga batu & halaman luas.. masa balik dari kg aritu guna jalan lama.. sampai bota tu tgk rumah2 kampung kat situ majoriti masih berkonsepkan tradisional.. Ya Allah rasa macam nak singgah je. cantik sangat. tapi apakan daya takde sedara mara kat situ

    ReplyDelete
  20. RUMAH DEMANG ABDUL GHANI SEKARANG DITADBIR OLEH PERBADANAN MUZIUM MELAKA (ERZIM)..

    SAYA KALAU ADA DUIT BANYAK, NAK BUAT RUMAH MACAM RUMAH MELAKA.. CANTIK.. :)

    ReplyDelete
  21. he3..rasa mcm beljar blik je =) dlu pnh jugak bt research sal ni..rumah melaka cantik..tngga dia yg femes n unik..suka tgok..dlu pn pnh tggal kt selandar Melaka..

    ReplyDelete
  22. Wauu menarik.. jadi rumah mak tua dah jadi macam muzium la ek.. semoga kekal ke anak cucu..mmg xder org buat dh sekarang..design rumah dah jauh berubah..

    ReplyDelete
  23. wow menarik..betapa seninya orang dahulu..

    ReplyDelete
  24. Salam.

    Abah lana salu ckp, rumah melaka ni uniknya pada tangga batunya la :)

    ReplyDelete
  25. unik rekabentuk rumah ni.. semoga ianya terus kekal untuk tatapan generasi akan datang..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top